Wednesday, November 11, 2015

Kritik Hadi - Husam wajib sahut cabaran tinggalkan PAS

Dalam banyak-banyak pemimpin bukan ulamak dalam PAS yang masih bersama PAS ialah Husam. Entah mengapa Husam mahu bersama PAS tidak dapat dipastikan. Mungkin masih memegang amanah TGNA yang diketahui sangat menyayangi Husam. Kini PAS sudah tidak seperti yang diharapkan TGNA.

Kepada Husam
TGNA sendiri pernah menyuarakan untuk berpecah dengan PAS kerana tidak tahan dengan pengkhianatan yang berlaku dalam PAS. Husam tidak perlu khuatir jika ingin keluar dari PAS kerana TGNA sendri sudah putus harap dengan PAS semasa akhir hayatnya.

Saya lebih suka jika Husam bersama AMANAH menyertai rakan-rakan lain yang tidak lagi setuju dengan pimpinan PAS sekarang.

Dengan wujudnya AMANAH bermakna PAS sudah pecah dua seperti yang diungkap TGNA suatu ketika dahulu. PAS sekarang lebih mesra umno manakala AMANAH tetap lawan UMNO dalam segala aspek.


Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa hanya akan menjawab sama ada beliau akan meninggalkan parti itu atau tidak pada majlis dialog yang dianjurkan pihaknya pada 13 November ini.

ADUN Salor itu berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Ketua Dewan Ulama Datuk Mahfodz Mohamed agar beliau meninggalkan parti itu selepas lantang mengkritik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mahfodz juga mencadangkan Husam menyertai parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Saya akan jawab dalam majlis dialog Demo Tanya Ambo Jawab,” katanya ringkas ketika dihubungi Malaysiakini.

Husam sebelum ini mendedahkan bahawa Abdul Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Pendedahan itu dibuat melalui sebuah rakaman video ceramahnya di Pasar Kedai Mulong, Kota Bharu yang dikongsi di Facebook beliau, Jumaat lalu.

Husam akan mengadakan majlis dialog Demo Tanya Ambo Jawab pada 13 November ini di Dewan Kelab Suara Muda, Kota Bharu sekitar jam 9.00 malam.

No comments:

Post a Comment