Sunday, October 4, 2015

JEREBU - SEKOLAH CUTI 5 DAN 6 OKTOBER

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebentar tadi mengumumkan semua sekolah di seluruh Malaysia diarahkan untuk tutup selama dua hari akibat jerebu yang semakin teruk.

"Semua sekolah di seluruh Malaysia diarah tutup selama dua hari (5 dan 6 Oktober 2015) kecuali sekolah-sekolah di negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah.

"Sesi persekolahan petang bagi Kedah, Terengganu dan Johor pada hari ini, 4 Oktober 2015 ( Ahad ) turut perlu ditutup. Guru dan murid tidak perlu hadir ke sekolah," ujarnya dalam satu pengumuman sebentar tadi.

Bagaimanapun arahan penutupan tersebut tidak merangkumi sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Sarawak dan Sabah.

Sekolah-sekolah yang terlibat dengan arahan penutupan tersebut juga katanya tidak perlu menggantikan persekolahan mereka.
"PT3, STAM, SPM dan STPM 2015 akan diteruskan mengikut jadual. Calon-calon akan dibantu serta diberi peringatan agar sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib semasa bencana jerebu," ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment