Saturday, August 22, 2015

Saya Tidak Murtad - Dr Mariah

Dek kerana nilai perjuangan yang berbeza dan masing-masing mempunyai sebab tersendiri untuk meninggalkan PAS maka berlakulah perletakan jawatan besar-besaran pemimpin PAS selangor.

Jika kita melihat imam sudah tidak relevan dalam memimpin jemaah maka Islam menganjurkan kita supaya mufarakah. Maka mufarakahlah mereka yang sudah tidak mempercayai kepimpinan besar dalam PAS.

Keluar PAS bukan bermakna keluar Islam, kata Siti Mariah

Kira-kira 400 ahli dan pemimpin PAS dari tiga kawasan PAS di Selangor hari ini mengumum meletak jawatan sama ada dalam parti atau jawatan yang mereka sandang, sementara menunggu untuk berpindah menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Ia termasuk 183 ahli dari kawasan Kota Raja, 227 ahli kawasan Kapar dan tiga orang dari kawasan Klang.

Naib Ketua PAS Kawasan Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata langkah itu bagi mengelak berlaku keadaan tidak menentu melanda PAS sebaik sahaja GHB menjadi sebuah parti politik dan lebih ramai ahli PAS keluar dan menyertainya.

Di Kota Raja, ketua kawasannya Jaafar Samsuddin dan timbalan ketua, Norhalim Sirome dan Siti Mariah mengumumkan peletakan jawatan mereka dalam satu sidang akhbar.

Ketua sembilan cawangan PAS dalam kawasan Kota Raja juga turut melepaskan jawatan masing-masing dalam parti itu.

Turut menyertai mereka ialah ahli jawatankuasa (AJK) kawasan Kapar, Razak Abdul Rashid dan AJK PAS kawasan Klang, Abdul Rashih Abdul Latiff.

GHB berkata peletakan jawatan beramai-ramai hari ini itu adalah sebagai permulaan di Selangor - mulai hari ini sehingga akhir bulan ini.

Penyelaras GHB Selangor, Izham Hashim mendakwa kawasan Shah Alam dan Kelana Jaya akan melakukan perkara yang sama, masing-masing esok dan dua hari kemudiannya.

Bagaimanapun, mereka yang meletak jawatan itu akan kekal sebagai ahli parti sehingga GHB rasmi menjadi sebuah parti politik.

Mereka kemudiannya akan menyertai entiti baru itu, yang secara automatik, menyebabkan keahlian PAS mereka terbatal, kata Izham. -mk


Apabila kita dikurniakan kebijaksanaan dalam ehwal agama tidak semestinya kita bijak dalam segala hal. Akibat rasa riak pada diri sendiri hingga sanggup mencabar ahli jemaah meninggalkan parti jika tidak mempersetujui tindakan Presiden akhirnya memakan diri sendiri.

Masyarakat tidak lagi memandang kalian sebagai ulamak. Sebaliknya menganggap anda sekelian sebagai semak lagi menyemakkan. Semak itu sesungguhnya mengganggu pemandangan dan perlu ditebas. Apabila dah ditebas barulah sejuk mata memandang persekitran alami.

TAKBIRRRR!!! TAKBIRRRR!!! TAKBIRRRR!!!

MAT SABU SYIAH??
SIAPA SEBENARNYA SYIAH?

WAKAKA

No comments:

Post a Comment