Monday, August 3, 2015

Rayuan Derma Darul Hadis - Jangan Derma Dulu Sebelum Dengar Apa kata Dr Asri

Saya khuatir penderma yang mencari redha Allah terlibat dalam kewujudan pusat-pusat yang tidak sepatutnya.
Ok. Tuan puan baca ya!!!


Ramai menyebarkan rayuan ihsan kepada sebuah institusi keagamaan yang mendakwa sebagai Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang.

Mereka ini memerlukan bantuan dana sebanyak RM1.8 juta untuk menyelesaikan baki bayaran belian sebidang tanah yang bakal digunakan untuk mendirikan  pusat pengajian hadis.

Ada kekalutan berlaku apabila ada maklumat menyatakan bahawa pusat pengajian itu mengajar dan mewujudkan hadis-hadis palsu.

Apabila diselidik, wujud video pemimpin pusat pengajian hadis itu menyampaikan kuliah yang berbunyi pelik dan meragukan.

Salah satunya adalah seperti di bawah. (SHEIKH ZAINUL ASRI adalah salah seorang tenaga pengajar di Pusat Pengajian Darul Hadis) Lihat bukti di SINI


[8/1, 12:50 PM] Kamarulzam Mastor-ITM: Nana, baru dapat text Dr kawan Penang, DH ni ada masalah sikit;

Minta maaf atas sebaran di atas, ada maklumat terkini

Maaf tuan2...Darul Hadis di atas tidak sunnah
"Di Pulau Pinang ada pihak mendakwa kononnya mereka ingin menubuh Darul Hadis padahal mereka semua dikenali dengan hadis hadis palsu mereka. Awas dengan sumbangan anda. Jangan sampai anda menyumbang kepada pusat penyebaran hadis palsu!!!
Sorry have to tell the truth.

Walllahua'lam
[8/1, 12:51 PM] Kamarulzam Mastor-ITM: Ramai kawan2 dari grup sebelah bercerita. Mohon selidik dahulu walaupun mahu menderma.sumber-whatsapp

Tuduhan itu dibalas oleh pemimpin DHPP

Kenyataan Rasmi Berkenaan Isu Fitnah Terhadap Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang Yang Di Dakwa Menjadi Pusat Penyebaran Hadis Palsu
Saya menerima panggilan yang banyak untuk memintak penjelasan terhadap isu Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang menjadi pusat penyebaran Hadis Palsu di Pulau Pinang yang telah disebarkan Atas Nama Dr Jailani (Penguam) Melalui Aplikasi Whatsapp Dr Maza.
Ini Jawapan saya : 
Pertama sekali saya merasa begitu kesal atas fitnah yang dibuat. Namun saya mengambil sikap yang diajarkan oleh Islam adalah dengan meminta kepastian dan penjelasan dengan menghubungi sendiri Dr Jailani dan dalam perbualan kami beliau sendiri tidak pasti adakah kenyataan itu benar ataupun tidak dari Dr Maza. 
Maka disini jelaslah bahawa sebaran ini jelas sekali tidak berasas dan hanyalah fitnah semata-mata kerana kami tidak pernah menubuhkan Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang untuk tujuan demikian. 
Sehubungan dengan itu, saya mengharapkan dan menuntut kepada Dr Maza dan Dr Jailani yang sengaja atau dengan tidak sengaja membangkitkan berita ini, supaya memberikan kenyataan rasmi terhadap isu ini secara terbuka kerana dengan sebab PENAMA ini telah mengecewakan hati-hati dan menghilangkan kepercayaan mereka yang telah membuat sumbangan terhadap Institusi ini (PPDHPP). 
Perbuatan fitnah ini juga boleh menggagalkan impian kami untuk membina Pusat Pengajian dengan mengumpul dana pembelian tanah di Lot 439 & 440 Pokok Machang Tasek Gelugur seluas 5,4 ekar yang berharga RM2,008660.40 
Jesteru, saya dengan hati yang terbuka juga meminta kepada mereka yang telah membuat dan menabur fitnah terhadap kami supaya memohon maaf kerana fitnah memfitnah ini bukanlah ajaran yang diajar oleh Islam. 
Bertapa ruginya ummat Islam dalam isu fitnah ini 
Sekian dari saya,
Mohmad Hanif Bin Haron
Mudir,
Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang
1 Ogos 2015 Sabtu
Jam 6.10 petang
--
DARUL HADIS PULAU PINANG MELAHIRKAN ULAMAK PEWARIS NABI
Ok statement dh keluar
Bole viralkan



Baca pula kenyataan cedekiawan Islam ini
KALAU ada peserta Maharaja Lawak bercerita: "Sebenarnya Hang Tuah pernah bertapa di atas Bukit Uhud bagi menajamkan lagi ilmu persilatannya…". Penonton akan ketawa kerana tahu memang peserta tersebut ingin buat lawak dan memang itu pun pentasnya yang sesuai.

Tapi sekiranya ada cerita yang kedengaran seperti karut, tidak masuk akal, kelakarnya bertaraf Maharaja Lawak Mega yang diceritakan oleh seseorang bergelar ustaz atau syeikh atau tuan guru, berjubah, berserban, diceritakan pula di dalam masjid, dalam kuliah agama; maka hal ini boleh mendatangkan kebingungan kepada orang yang mendengarnya.

Hendak ketawa, tidak kelihatan seperti ustaz mahu berjenaka. Tidak percaya, masakan ustaz mahu berdusta. Atau adakah ustaz ini terpengaruh dengan cerita-cerita dalam Dewata Raya, Alam Perwira, Wira Sakti, Raja Rimba dan Jejak Wira? Mustahil! Tapi kenapa cerita-cerita yang dibawa seperti pelik dan kelakarnya bunyinya. Tidak pula dinyatakan dari manakah sumbernya.

Contohnya kalau ada penceramah agama yang bercerita kapal tentera Tariq bin Ziyad diperbuat daripada kayu yang diambil dari Kedah, dibuat juga oleh orang Kedah. Atau cerita Nabi Adam pernah turun di Gunung Jerai. Atau kapur barus yang digunakan untuk mengawet mayat Firaun di Mesir diambil dari Yan, Kedah. Atau dajal yang sebelum ini tinggal di Segi Tiga Bermuda telah berpindah ke utara Laut Jepun kerana di situ tidak kedengaran azan dan sebagainya, maka apakah kita hanya akan diam seribu bahasa, mengangguk kepala tanda percaya dan takut untuk bertanya dari mana sumber cerita?

Pastikan kesahihan maklumat

Ini adalah disiplin penting dalam apa jua bidang. Apatah lagi jika perkara berkaitan dengan agama. Pendustaan di atas nama agama lebih berat kesalahannya. Lebih parah kesannya. Sebab itu, Rasulullah SAW dari awal lagi memberikan amaran supaya jangan berdusta di atas nama Baginda SAW. Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya berdusta ke atasku bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain. Sesiapa yang berdusta ke atas aku dengan sengaja, maka siapkanlah tempat duduknya dalam neraka". (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Berdasarkan hadis ini, haram hukumnya mencipta atau menyebar hadis-hadis palsu. Ulama hadis pula memberikan hukuman yang berat kepada mereka yang melakukan jenayah ini.

Islam mengajarkan kita supaya mengenal pasti terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita yang kita dengar. Ia disebut sebagai al-tathabbut. Dalam Surah al-Hujurat, ayat 6, ALLAH berfirman:

"Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum (dengan perkara yang tidak diingini) dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan".

Jadi, Islam mengajar kita supaya tidak menelan bulat-bulat apa-apa yang kita dengar melainkan selepas kita pastikan terlebih dahulu kesahihannya. Langkah ini adalah asas penting walaupun cerita yang kita dengar itu disampaikan oleh mudir darul hadis sekali pun.

Jika berada di institusi hadis, sepatutnya lebih mementingkan kesahihan sumber kerana itulah kepentingan sistem sanad dalam ilmu periwayatan hadis. Bukan hanya asyik sibuk dengan majlis ijazah sanad, tetapi turut rancak juga menyampaikan cerita-cerita yang tidak tahu dari mana asal usulnya.

Benarlah apa yang telah diungkapkan oleh Abdullah bin al-Mubarak: "Sanad itu adalah sebahagian daripada agama. Kalaulah tidak ada sanad, sesiapa pun akan bercakap (berkaitan agama) apa sahaja yang dia mahu". (Riwayat Muslim dalam mukadimah sahihnya).

Kita belajar ilmu agama untuk menjadi lebih bijak, dapat berpegang dan beramal dengan ilmu dan amalan yang sahih seperti yang disampaikan oleh baginda Rasulullah SAW. Justeru, tidak sepatutnya kita membiarkan dengan rela hati jika ada orang di atas nama agama yang datang memperbodohkan akal kita dengan cerita-cerita yang karut marut, tanpa ada sumber yang sahih.

Kalau yang disampaikan itu cerita Ultraman melawan raksasa, kita tidak perlu bertanya dari mana sumber kesahihan cerita ini. Memang sedia maklum ini cerita rekaan semata-mata. Tetapi, apabila yang diceritakan itu berkaitan dengan nabi, sahabat, tabiin dan bab-bab lain yang berkaitan agama, maka kita wajib bertanya sumber kesahihannya.

Oleh itu, berhati-hati dengan siapa kita belajar tentang agama ini. Ukurlah nilai ilmiah dan disiplin ilmu dalam perkara yang disampaikan. Bukan sekadar menilai dia berjanggut, berjubah, bertongkat, rajin berselawat dan sebagainya.

Lihatlah pesanan tabi’i Muhammad bin Sirin: "Sesungguhnya ilmu ini (mengenai al-Quran dan sunnah) adalah agama. Oleh itu, perhatikanlah daripada siapa kamu semua mengambil agama kamu". (Riwayat Muslim dalam mukadimah sahihnya).

Belajarlah agama daripada guru yang mementingkan disiplin ilmu dan nilai ilmiah dalam pengajaran mereka. Setiap kata berasaskan fakta. Setiap fakta ada sumber kesahihannya. Bukan dari penglipur lara yang petah bercerita, tetapi tidak kisah ia bersumberkan hadis palsu, israiliyyat atau cerita rekaan semata-mata.

Niat yang baik untuk mendidik dan mengingatkan orang ramai supaya kembali berpegang kepada ajaran agama, tidak menghalalkan kita untuk membawa hadis-hadis palsu dan cerita-cerita karut. Sejarah ilmu hadis mencatatkan, antara golongan yang menyumbang kepada penciptaan dan penyebaran hadis palsu ialah golongan sufi dan tarekat yang melampaui batas (ghuluw).

Golongan sufi dan tarekat yang ghuluw juga mesti diteliti terlebih dahulu perkhabaran mereka. Golongan ini walaupun pada awalnya mempunyai niat baik iaitu ingin fokus kepada aspek penyucian rohani, tetapi mereka tidak mengambil berat soal kesahihan fakta dan dalil. Apa yang penting bagi mereka ialah mengikut saja “tok syeikh” mereka. Setiap apa yang terbit daripada mulut “tok syeikh” mesti dituruti tanpa sebarang soalan yang menyusuli. Jika masih bertanya, tanda masih ada penyakit hati.

Mereka menjadi sangat asyik apabila diceritakan kisah-kisah wali yang kononnya mampu melakukan begitu dan begini sehingga kadang-kadang mengalahkan nabi.

Disebabkan mereka tidak mementingkan ketulenan fakta, maka kesahihan sanad bukanlah menjadi perbincangan mereka. Sebab itu, terdapat hadis-hadis atau cerita-cerita yang dijadikan hujah dan dalil oleh mereka adalah palsu.

Malah, ada antara mereka yang sanggup mencipta hadis palsu. Kata Ibn Salah: “Golongan yang mencipta hadis palsu berbagai-bagai jenis; yang paling teruk bahayanya ialah golongan yang menisbahkan diri mereka kepada kezuhudan. Mereka telah mencipta hadis-hadis berdasarkan apa yang mereka sangkakan, maka orang ramai menerima hadis-hadis ciptaan mereka kerana mempercayai mereka dan cenderong kepada mereka". (Ibn Salah, Muqaddimah, m/s 212)

Dari sudut yang lain, jika ada pihak yang terlalu ghairah untuk menyekat dan menangkap penceramah, mereka yang menyebarkan hadis palsu, cerita karut, tahyul dan khurafat sebeginilah yang sepatutnya disekat. Bukannya mereka yang membaca hadis sahih. Itu pun, langkah awal yang terbaik ialah sediakan terlebih ruang untuk berhujah. Hujah dilawan hujah. Jangan hanya asyik terjah. Betulkah Nabi Adam turun di Kedah?


Penulis ABD RAZAK MUTHALIB ialah bekas pensyarah Jabatan School of Social Science (Kolej Islam Antarabangsa). Berkelulusan sarjana dan ijazah sarjana dalam bidang ilmu wahyu, al-Quran dan Sunnah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM). Sekarang bertugas sebagai perunding latihan dan motivasi di AITC.-sinarharian

Nilai sendiri - Perlukah kita bantu DHPP ini?

Sekiranya benar PPDH menyemai hadis-hadis palsu, bukankah kita turut bersubahat merosakkan agama ISLAM tercinta....

wallahu a'lam

1 comment:

  1. dalam satu dialog dalam teater Raja Lawak ada di sebut begini. KALAU KAU NAK BOHONG PUN BIARLAH SAMPAI ORANG TAK PERCAYA

    ReplyDelete