Saturday, August 29, 2015

BERSIH 4 - 115000 orang ditangkap

























Bersih 4 telah berjalandengan jayanya tanpa sebarang kejadian tidak diingini sehingga jam 3.00 pm tadi. Rafizi kelihatan bersama-sama peserta lain yang menyertai bersih 4 kali ini.

Mat Sabu yang berarak dari Masjid Negara baru saja diperoleh gambarnya.

115000 ditangkap gambarnya dan dimasukkan ke dalam blog ini. terima kasih


wakaka


BACA APA KATA DR ASRI TENTANG PESERTA BERSIH 4 
Mufti Perlis Datuk Dr Mohamad Asri Zainul Abidin dipercayai merujuk kepada perhimpunan Bersih 4 yang akan berlangsung hari ini, dan mengatakan sesiapa yang menentang si zalim yang kuat, pastinya seorang wira.

Menjelang perhimpunan Bersih 4 hari ini, Mufti Perlis Datuk Dr Mohamad Asri Zainul Abidin berkata, sesiapa yang bangkit menentang si zalim yang kuat ataupun pengkhianat yang berkuasa, maka dia pastinya seorang wira.

Baginya, jika hanya wanita yang ramai dalam perhimpunan ini, ia memalukan, katanya yang dipercayai merujuk kepada pengerusi Bersih 2.0, penganjur Bersih 4, yang merupakan seorang wanita iaitu Maria Chin Abdullah.

"Memalukan bagi sesebuah masyarakat ataupun pihak jika tiada wira lelaki yang muncul, sebaliknya hanya wanita yang berani tampil bersuara dan bertindak," kata beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Maza."

Dalam pada itu, beliau juga memberikan ingatan, sesiapa yang ingin memperjuangkan hak rakyat tetapi merosakkan harta awam dan menyakiti mereka yang tidak terbabit, maka dia bukanlah pejuang rakyat tetapi pejuang nafsunya sendiri.

"Pastikan harta awam terpelihara dan mereka yang tidak bersalah selamat," tulisnya di laman Facebook beliau yang dipercayai ditujukan kepada perhimpunan Bersih 4 yang akan bermula tengahari ini sehingga esok.Bersih 4 bermula serentak di tiga tempat hari ini, iaitu di ibu negara Kuala Lumpur, Kucing, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah di samping puluhan bandaraya seluruh dunia yang menunjukkan sokongan.

Semalam, Asri menulis di laman sosial itu, golongan agamawan disarankan tidak hanya menghadkan kajian mereka dan mempelajari hanya sejarah pejuang beragama Islam semata-mata.

Katanya, mereka patut meluaskan ilmu mereka dengan melihat kepada sejarah para pejuang dari pelbagai latar.Antara contoh pejuang 'sosialism' yang dinamakan beliau ialah Che Guevara yang dilabelkannya sebagai pejuang handal dengan nilai positif.

ADA ORANG BENGANG TAK???
SEBAB TANPA ORANG PAS PUN BERSIH BERJAYA JUGAK

ADOI 
JANGAN PERASAN LA WEI!!!
LU INGAT LU LARANG ORANG LU DATANG
BERSIH 4 BOLEH GAGAL KA?

WAKAKA
UNTUK LU

No comments:

Post a Comment