Friday, August 28, 2015

Apabila Orang PAS bercakap berbunyi macam umno

SHAH ALAM - Umno Bahagian Shah Alam mendakwa Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sebagai alat DAP yang mana seolah-olah bertanggungjawab memecah-belahkan pengundi Melayu di kawasan tersebut.‎ 
Ketuanya Datuk Azhari Shaari berkata, oleh itu Khalid Samad perlu disingkirkan daripada bumi Shah Alam.
“Sekarang DAP sedang merangka gerak kerja untuk menghancurkan Pas dengan menaja penubuhan gerakan Harapan Baru yang lebih menjurus kepada DAP.‎
“Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam juga salah seorang perlu dinyahkan dari bumi Shah Alam,” katanya dalam ucapan dasar Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Shah Alam, di Wisma PKPS hari ini.
Jelas beliau, DAP yang disifatkan sebagai pencipta fitnah itu mampu memecah-belahkan bangsa Melayu tidak kira Umno mahupun Pas.
“DAP memang bijak dan mahir di dalam strategi politik mereka, lihat bagaimana mereka merobek dan memecah-belahkan rakan sekutu mereka iaitu Pas, dulu berpeluk arab bagai, makan bersuap sedulang, tidur sekatil sebantal, berpentas ceramah bersama.
“Tetapi sekarang Pas dianggap pengkhianat PR kerana memperjuangkan hukum ALLAH iaitu Hudud,” jelasnya lagi.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada ahli Umno supaya sentiasa berfikiran rasional, matang serta mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap pucuk pimpinan parti.
“Parti kini memerlukan sokongan yang tidak berbelah dari kita semua dalam mengharungi badai politik yang dicipta pembangkang terutamanya DAP untuk memecahbelahkan kita dan menghancurkan agenda menegakkan syiar Islam dan ketuanan Melayu di bumi bertuah Malaysia,” ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment