Tuesday, July 7, 2015

Anwar Ibrahim Beri Isyarat Ceraikan Parti Ulamak

Dari penjara, Anwar seru wadah baharu kekalkan semangat Pakatan

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar wadah baharu yang menggantikan Pakatan Rakyat (PR) menggembleng rakyat pelbagai fahaman untuk terus bersama membina negara.

Menurut bekas ketua pembangkang itu, wadah baharu perlu bersifat lebih menyeluruh dan mengangkat martabat semua orang di Malaysia.

"Dengan muafakat baharu ini, kita perlu menjana perubahan dengan wadah yang lebih kukuh dan utuh – menggembleng tidak sekadar wadah parti malah wadah rakyat yang lebih inklusif, mencakup semua kalangan yang setia pada semangat perjuangan memartabatkan setiap insan di negara Malaysia tercinta," katanya dalam satu kenyataan dikirimkan PKR hari ini.

Beliau turut menyeru wadah baharu itu mengekalkan semangat PR walaupun ia tidak lagi wujud secara rasmi.

"Perkembangan mutakhir yang bermula dengan bibit keretakan, kini mengakibatkan wadah formal PR tidak wujud lagi.

"Namun, saya tegaskan yang semangat dan dasar bersama disepakati PR tetap kekal malah semangatnya perlu ditingkatkan," kata Anwar.

Beliau yang kini merengkok di penjara selama 5 tahun kerana meliwat pembantunya menyampaikan amanat itu menerusi Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang juga merupakan peguamnya. -TMI

No comments:

Post a Comment