Saturday, August 1, 2015

800 ribu penduduk REUNION island tak sedar MH370 terhempas di situ?



Oleh kerana gua masih mempercayai teori MH370 dirampas dan bukan terhempas seperti didakwa banyak pihak, gua cari asas untuk membuktikan bahawa penemuan terkini serpihan dan barangan penumpang yang didakwa dari MH370 adalah suatu yang dirancang rapi.

Perkara pertama yang berlegar dalam otak gua ialah kewujudan penduduk Pulau Reunion. Carian google mendapat Pulau Reunion adalah sebuah pulau yang berpenghuni seramai 843,617 orang menurut statistik 2015.

Diandaikan bahawa peningkatan penduduk dalam setahun adalah 10% maka bermakna pada waktu MH370 didawa terhempas di situ terdapat 758 ribu penduduk. 

Persoalan pertama yang wujud dalam pemikiran gua, mungkinkah MH370 terhempas tanpa mengeluarkan bunyi sehingga tiada seorangpun penduduk Pulau Reunion menyedari kejadian?

Jika terhempas di laut?
Lihatlah demografi Pulau Reunion. Sebahagian besar Pulau itu dipenuhi gunung berapi. Penduduk tinggal di kawasan pinggir pantai. Maka tiadakah nelayan?



Pengkalan tentera udara Perancis
Penkalan tentera udara Perancis berada di sebelah lapangan terbang St Denis, Pulau Reunion. Pengkalan tentera udara Perancis tak ada radar ke?

Jarak antara Diego Garcia dengan Pulau adalah 1149 batu. Satu jarak yang sangat memungkinkan serpihan MH370 disebar Tentera Laut Amerika bagi menutup perbuatan jenayah negara mereka terhadap kemanusiaan.

Teori bahawa MH370 dileraikan di Diego Garcia adalah sangat praktikal kerana tiada siapa dapat menyiasat kepulauan tersebut walaupun Tentera Laut China cuba menggunakan teknologi jarak jauhnya semasa mencari MH370 di kepulauan India Timur.

Satu tahun lima bulan kemudian muncul cerita penemuan serpihan MH370 di pula itu. Dari mana datangnya serpihan-serpihan tersebut?

Mungkinkah dihantar manusia menggunakan kapal perang atau kapal dagang bagi menamatkan teka teki dan menutup sebarang teori penglibatan penguasa beberapa negara dalam skandal rampasan kapal terbang paling unik ini.

Beberapa peristiwa pelik yang ditimbulkan sebelum ini memang tak masuk akal

1. Radar TUDM tak dapat kesan MH370 kononnya kerana pegawai bertugas alpa
2. Pertukaran juruterbang pada saat akhir
3. Siasatan ke rumah juruterbang kononnya juruterbang melarikan MH370
4. Boeng tidak dapat mengesan pesawatnya sendiri.

Dan banyak lagi perkara menunjukkan ada sesuatu yang dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Suatu yang dapat membuktikan MH370 terhempas di situ adalah penemuan badan induk MH370 itu sendiri.. Jika hanya bukti-bukti kecil seperti disebarkan media antarabangsa tidak mencukupi untuk mempengaruhi masyarakat dunia akan kebenaran MH370 terhempas di situ.

Berhentilah main game. Kembalikan penumpang MH370 yang tak berdosa kepada keluarga mereka.



No comments:

Post a Comment