Tuesday, June 30, 2015

ULAMA PASkah YANG SEJAHAT-JAHAT MAKHLUK SEPERTI DIMAKSUDKAN HADIS NABI INI

Enam tahun yang lalu saya pernah menulis artikel bersiri, "PAS Menuju Kehancuran", sementara artikel ada gerakan jatuhkan husam pula hanya disiar setengah jam sebelum ditarik balik dari paparan umum di tranungkite dot net.

Kini enam tahun berlalu telah jelas di depan mata PAS memang telah hancur. Rakyat dapat menilai betapa hancurnya PAS sekarang. Yang tak rasa ianya hancur hanya orang orang yang mabuk pil kuda wala sahaja. Kenapa saya memilih tajuk 'PAS bukan lagi mertabatkan Islam'? Kerana ianya telah terlalu kontradik dengan segala tindakannya.

Banyaknya perbuatan yang membawa fitnah kepada Islam dan juga fitnah kepada kemuliaan, kesucian dan ketinggian peribadi Rasulullah saw kesayangan umat. Rasulullah saw dengan jelas telah kita ketahui, baginda seorang yang mulia, ikhlas, amanah dan sangat menepati janji. Akhlak baginda sangat terpuji.

Dengan akhlak yang terpuji itulah baru baginda dapat mengesahkan bahawa baginda di utuskan sebagai rahmat untuk sekalian alam Surah al anbiya ayat 107:" Dan tiadalah kami mengutuskan akan engkau(wahai muhammad), melainkan (untuk) menjadi rahmat sekalian alam" Akhlaq berasal dari perkataan al-khuluq. Al khuluq bermaksud tabiat atau tingkah laku.

Akhlaq yang mulia adalah matlamat utama bagi ajaran Islam. Kerana ianya adalah kulit utama bagi gambaran isi kemuliaan islam itu sendiri. Umpama sebiji buah, andai kita ingin menarik orang merasa isinya, maka kulit luarnya hendaklah segar, tidak buruk, serta dapat meyakinkan orang untuk merasa bahawa isinya tentu manis sekali. Kemuliaan akhlak ini jugalah yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw, untuk diamalkan oleh para sahabat dan para pewarisnya.

Kerana itu kita dapat mendengar berbagai cerita hebat tentang perangai para sahabat. Ianya juga diwarisi juga kepada para tabiin dan para ulama. Hari ini sesuatu yang kita asyik dengar, yang orang cuba kaitkan dengan Rasulullah saw adalah, "ulama pewaris nabi".

Apa yang ulama ini warisi? Sifat sombong? ujub? riak? sumaah? mungkir janji? suka memfitnah?. Tidak. Untuk mengesahkan seseorang ulama itu adalah pewaris Nabi, maka dia patut juga mewarisi akhlak terpuji Rasulullah saw. Jika ia tidak mewarisi sifat terpuji Rasulullah saw, maka dia bukan ulama pewaris Nabi. Jika dia suka memfitnah maka dia adalah ulama fitnah. Jika dia suka bercakap menipu maka dia ulama penipu.

Jangan sesekali sifat sifat buruk ulama ini kita gabungkan dengan perkataan 'ulama pewaris nabi' kerana kelak kita sendiri membawa fitnah kepada Rasulullah saw. Dan pengakhirannya adalah neraka. Ulama pewaris nabi mestilah mewarisi sifat sifat mulia Rasulullah saw.

Saidina Ali r.a. berkata: 'Bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: 'Suatu zaman akan datang dimana dimana Islam hanya tinggal nama saja. Dan Al-Qur'an tinggal tulisan saja. Masjid-masjid akan penuh dengan penghuninya tetapi kosong dari orang-orang dapat petunjuk. Ulama-Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk dibawah kolongan langit dan mereka akan membuat fitnah dan kemudian fitnah itu akan kembali kepada diri mereka sendiri.'.......(Baihaqi, Misykat hal, 38)

Dan mari kita renungi surah al hujurat: surah al hujurat ini juga digelar surah 'akhlak' oleh para ulama tafsir terdahulu.

“Wahai orang-orang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh puak perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; janganlah pula panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruk sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat, maka merekalah orang-orang yang zalim.” (Al-Hujurat:11)

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu) Bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Al-Hujurat:12)

Bacalah kembali apa yang saya tuliskan dan bandingkanlah dengan keadaan PAS dan pemimpinnya, apakah sesuai dengan hadis atau ayat yang disertakan di atas? Apakah ianya tidak cukup menjadi isyarat apa yang Rasulullah saw nyatakan dan juga sebagaimana firman Allah swt? Sekalipun ada yang dilantik sebagai timbalan ulama Ke'dunia'an, sekalipun kononnya yang memerintah PAS sekarang semuanya adalah dari golongan ulama keduniaan, belum tentu ia mereka pewaris nabi.

Kerana mereka semua ulama akhir zaman. Kalau tanya mereka sendiripun mereka dapat mengesahkan sekarang adalah 'akhir zaman' seperti mana semua tanda tanda yang Rasullah saw beritahu semuanya sudah muncul. Jadi kalau dah akhir zaman, maka sesuailah di akhir zaman ini sukarnya untuk mencari ulama pewaris nabi. Jangan kata hendak mertabatkan Islam. hudud pun jadi mainan politik ulama keduniaan. Modal untuk mengejar jawatan ....................................................................

FASA 2. (SETELAH AGENDA SULIT MEREKA FASA 1 TELAH SELESAI) Tidak mustahil selepas ini akan ada usrah usrah, kuliah kuliah atau apa sahaja yang dapat menyeru pengikut meraka untuk taat kepada mereka dan tidak lari meninggalkan mereka. Mungkin akan ada baiah. Mungkin kafir mengkafir akan timbul kembali. Tetapi kafir mengkafir dalam keadaan 'berlapik'. Takfiri ini tidak akan ditujukan lagi kepada 'ORANG YANG TIDAK SEJAHAT FIRAUN' tetapi kepada ahli yang hendak meninggalkan parti.(KERANA FASA KE 2 INI MEMERLUKAN AHLI TAAT SEPENUH HATI, BARU AGENDA MEREKA DAPAT DIJALANKAN)

(nota:saya tidak tahu samada firaun dan taghut mana satu yang jahat, kerana dulu pemimpin PAS selalu sebut satu golongan itu taghut, tetapi sekarang golongan itu disebut 'tidak sejahat firaun') Tapi itu semua tidak menghairankan kita kerana mereka semua adalah pedagang dan matawang mereka adalah ayat quran dan hadis. Dengan menjadikan quran dan hadis sebagai matawang mereka, dari situ mereka membeli kedudukan mereka dan pangkat jawatan mereka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

 يَخْرُجُ فِى آخِرِ الزَّمَانِ رِجَالٌ يَخْتِلُونَ الدُّنْيَا بِالدِّينِ يَلْبَسُونَ لِلنَّاسِ جُلُودَ الضَّأْنِ مِنَ اللِّينِ أَلْسِنَتُهُمْ أَحْلَى مِنَ السُّكَّرِ وَقُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الذِّئَابِ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَبِى يَغْتَرُّونَ أَمْ عَلَىَّ يَجْتَرِئُونَ فَبِى حَلَفْتُ لأَبْعَثَنَّ عَلَى أُولَئِكَ مِنْهُمْ فِتْنَةً تَدَعُ الْحَلِيمَ مِنْهُمْ حَيْرَانًا.

“Akan muncul di akhir zaman orang-orang yang mencari dunia dengan agama. Di hadapan manusia mereka memakai baju dari bulu domba untuk memberi kesan kerendahan hati mereka, percakapan mereka lebih manis dari gula sedangkan hati mereka adalah hati serigala (tamakkan harta dan kedudukan).

Allah berfirman, “Apakah dengan-Ku (kasih dan kesempatan yang Kuberikan) kalian tertipu ataukah kalian berani kepada-Ku. Demi Diriku, Aku bersumpah. Aku akan mengirim bencana dari antara mereka sendiri yang menjadikan orang-orang santun menjadi kebingungan (apalagi selain mereka) sehingga mereka tidak mampu melepaskan diri darinya.” (HR. Tirmidzi) -detikdaily-


No comments:

Post a Comment