Thursday, June 4, 2015

Rupa-rupanya dalam PAS ada orang dapat wahyu... wakaka

Aku ingat selepas Nabi Muhammad S.A.W tidak ada lagi orang yang akan terima wahyu kerana Nabi Muhammad adalah Nabi dan Rasul terakhir.

Daripada ayat yang dituturkan budak Perak ni (Jika TMI melaporkan dengan tepat), aku dapat memahami bahawa masa kini iaitu selepas 500 tahun zaman berakhirnya kerasulan dan kenabian, masih ada orang terima wahyu.

Istimewalah orang itu kerana menerima wahyu yang menyuruh menentang umno. Jika tak ada wahyu maka bermakna Allah sendiri menyampaikan kepada manusia hebat itu. dasat wo!!!!

Kalau tak percaya sila baca artikel TMI di bawah
 wakaka

Pasti lu orang gelak sakan



Perwakilan Pemuda PAS Perak Mohd Syakirin Hussein hari ini berkata, parti Islam itu tidak seharusnya menentang Umno selagi Allah tidak menyuruh mereka menentang parti tersebut.

Syakirin berkata, Islam tidak mengajar mereka untuk berjuang kerana Umno, sebaliknya hanyalah kepada Allah.

"Kita tentang Umno sebab Allah suruh kita tentang Umno. Kita tidak tentang Umno selagi Allah tidak suruh kita lawan Umno," katanya, ketika perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiyat di Shah Alam, hari ini.


"Sama-samalah berjuang dengan keaslian dakwah, jangan menuduh Umno salah.
"Jangan tuduh konflik 1MDB kerana Umno, kita lawan bukan kerana Umno tetapi kita lawan kerana Allah, kita lawan Umno kerana Allah, kita lawan Umno kerana Allah suruh kita lawan Umno," katanya.

Tidak berapa lama kemudian, Syakirin yang berada di Dewan Banquet mengadakan sidang media ringkas menjelaskan kenyataannya yang didakwa "dimanipulasi".

"Di atas wahyu Allah Taala dan kalam Nabi menjadi hujah kepada kami, kami melawan Umno.

"Bukan saya kata jangan lawan Umno selagi Allah tak suruh.

"Itu satu manipulasi yang cukup biadap dan dia mesti bertanggungjawab atas penyiaran melibatkan dunia sampai hari ini.

"Saya minta dalam masa tiga hari The Malaysian Insider mesti memohon maaf kepada saya secara terbuka yang mewakili Dewan Pemuda PAS Perak termasuklah kesucian dan kemurnian Pemuda PAS hari ini," katanya. – 3 Jun, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-lawan-umno-selagi-allah-tak-suruh-kata-perwakilan-pemuda-pas#sthash.ITz1SuVO.dpuf


TMI pasti ada bukti sebelum artikel ini ditulis. Bahaya wo kalau ditulis secara sembrono. Itu fitnah namanya jika tidak ada bukti.

Cer tengok bukti dalam video ini


wakaka

Nafi konon... pigi daaaa!!!

No comments:

Post a Comment