Friday, June 26, 2015

PAKATAN 2.0 harungi PRU14 Tanpa PAS


Penubuhan pakatan pembangkang baharu dibincang semalam?

Sekumpulan pemimpin progresif PAS yang menggelarkan diri mereka sebagai G-18 mengadakan pertemuan dengan pimpinan PKR dan DAP semalam.

Pengerusi jawatankuasa bertindak G-18, Mohamad Sabu berkata, pertemuan di Kuala Lumpur semalam berjalan dengan baik dan dihadiri pemimpin kanan PKR dan DAP.

Bekas timbalan presiden PAS itu berkata, selepas Ramadan nanti, G-18 akan membuat pengumuman rasmi mengenai masa depan politik mereka.

"Ia sangat berjaya dengan semua pemimpin kanan menyertainya," kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu kepada The Malaysian Insider, tanpa mahu mengulas panjang.

Ditanya sama ada terdapat perbincangan menubuhkan pakatan pembangkang baharu, Mat Sabu berkata: “Tunggulah lepas raya nanti.”

Semalam, hampir kesemua anggota G-18 yang tewas dalam pemilihan lepas menyertai majlis berbuka puasa di rumah bekas setiausaha agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar, di Kemensah Heights, Kuala Lumpur.

Kamarudin yang juga ahli Parlimen Tumpat mengesahkan kehadiran pemimpin kanan PKR dan DAP.

"PKR datang dengan diketuai presidennya sendiri Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) manakala DAP juga datang," kata Kamarudin kepada The Malaysian Insider.

Selain Dr Wan Azizah, antara yang turut hadir dari PKR ialah Chua Tian Chang atau Tian Chua, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Johari Abdul dan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang juga timbalan presiden PKR dikatakan tidak sempat hadir kerana terlibat dengan program di Kuala Selangor.

DAP pula disertai Lim Kit Siang, Teresa Kok, Liew Chin Tong dan lain-lain.

Dipihak G-18 pula, selain Mat Sabu, turut hadir ialah Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Dr Mujahid Yusof, Asmuni Awi, Dr Mariah Mahmood.

G-18 sedang dalam siri pertemuan dengan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan, susulan penubuhan jawatankuasa bertindak pada 16 Jun lalu di Muar, Johor. –TMI.


Kegemilangan PAKATAN akan mencapai puncaknya di PRU14 apabila semua parti gabungan mempunya agenda yang sama tanpa sebarang perbezaan yang ketara.

G 18 akan membawa ideologi Islam untuk semua yang mana pernah dibawa PAS sebelum ini tetapi gagal.

Dengan satu matlamat menumbangkan UMNO BN sebagai fokus utama tanpa sebarang bentuk pengkhianatan, PAKATAN 2.0 pasti lebih berjaya berbanding PAKATAN RAKYAT.

No comments:

Post a Comment