Tuesday, June 16, 2015

Hanya 11 hadir mesyuarat perhubungan PAS Johor

Kebanggaan ulamau sudah kena taji beb. Malu satu Malaysia. Tak sampai 1/4 ahli mesyuarat menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan PAS Johor. Tak cukup korum niiii..wakaka

Mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Johor hanya berjalan dengan dihadiri 11 ahli daripada 26 kawasan di Johor.

Mesyuarat pertama itu sepatutnya dihadiri 52 ahli iaitu yang dipertua dan setiausaha kawasan di samping Pesuruhjaya Johor Datuk Dr Mahfudz Mohamad yang dilantik PAS Pusat.

Mesyuarat pada 13 Jun itu diteruskan dengan melantik dua timbalan pesuruhjaya sahaja daripada tiga yang diperuntukkan manakala pengarah pilihan raya masih belum dilantik.

No comments:

Post a Comment