Friday, June 19, 2015

DAP dan PKR terlalu belembut- PAS sepatutnya disingkir sejak lama DAHHHH

Sejak PRU 13, Ulama dan konco-konconya sudah menampakkan belang sebenar mereka.(true colour) Selepas itu satu-persatu tindak tanduk pimpinan PAS menongkah arus membelakangi kesepakatan dalam PR.

Akhirnya PAS sendiri yang menarik diri dari PAkatan Rakyat melalui usul tanpa bahas dalam muktamar baru-baru ini. Walaupun hakikatnya PKR dan DAP sepatutnya membuat keputusan lebih awal untuk menyingkirkan PAS dari gabungan harapan rakyat itu.
Dengan PKR, DAP mahu cari sekutu baru

DAP memberi jaminan terus bekerjasama dengan PKR serta menteri besarnya Azmin Ali di Selangor walaupun telah mengumumkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata mereka juga akan bekerjasama dengan mana-mana pihak demi menamatkan pentadbiran Umno dan BN serta membentuk semula politik Malaysia.

“DAP akan terus bergerak ke arah gabungan baru lebih meluas dan berprinsip yang akan muncul untuk mengisi kekosongan politik yang boleh menyalakan semula harapan perubahan untuk merealisasikan impian Malaysia untuk masa depan lebih baik untuk semua,” katanya.

Lim juga berkata DAP akan menyokong kepimpinan Azmin untuk “membentuk semula” kerajaan negeri dengan gabungan berdasar manifesto Pakatan 2013 yang mendapat mandat lebih 60 peratus dalam pilihan raya umum.

Lim mengumumkan menerima keputusan muktamar PAS yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan mereka, sekali gus membuatkan gabungan pembangkang tidak lagi wujud.

Pakatan ditubuhkan pada 1 April 2008 selepas tsunami politik pembangkang yang melanda dalam pilihan raya umum ke-12 pada tahun itu.

DAP juga senaraikan tindak-tanduk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak sejak setahun lalu yang didakwa gagal patuh kepada keputusan majlis pimpinan Pakatan. -mk


Kepada PKR dan DAP, percayalah bahawa kami juga beragama islam. Islam yang kami pegang dan junjung adlah Islam yang menolak kemunafikan. Walau siapa pun yang bersikap munafik ia menyalahi hukum Islam. Dan orang-orang munafik ini bersama para penyokongnya bukanlah terdiri daripada manusia pilihan Allah untuk memartabatkan Islam kerana perilaku munafik itu sesungguhnya memalukan Islam

Penyingkiran PAS dari gabungan harapan rakyat PR, adalah sesuatu yang bijak dan sepatutnya dilaksanakan lebih awal sebelum PR berkecamuk separah ini hanya kerana manusia berkopiah dan berserban tinggi aka geng songkok tinggi.

wakaka

No comments:

Post a Comment