Monday, May 11, 2015

Nasrudin Hassan Perlu Definisikan Semula PAS

PAS bukan parti politik katanya. Untuk membuktikan kebanaran kata-katanya Nasrudin perlu mendefinisikan semula akronim PAS. Apakah makna yang berada disebalik akronim PAS itu?

Adakah Pergerakan Agama Semenangjung atau lain berdasarkan tujuan penubuhan asal PAS semasa awal-awal dahulu setelah para golongan agamawan memutuskan untuk tidak lagi bersama umno kerana keenganan umno untuk berpegang kepada prinsip-prinsip Islam dalam perjuangan parti.

Menjelang pemilihan PAS bulan depan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan hari ini menegaskan menjadi satu kesalahan apabila sanggup menggadaikan Islam demi 'rakus' mengutamakan kemenangan terlebih dahulu.

Beliau yang juga MP Temerloh berkata perkara itu bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak wajar diamalkan dalam PAS.

"Ada yang rakus nak menang sampai kata, tak mengapalah kalau Islam digadaikan, janji menang.

 "Mereka yang cakap, marilah kita menang dulu, barulah kita fikir macam mana Islam ni. Itu salah. Bercanggah dengan sunnah perjuangan.

 "Kita berjuang untuk menubuhkan (menegakkan) Islam di atas jahiliah, bukan untuk menubuhkan jahiliah baru atas Islam," katanya dalam Muktamar PAS Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini. Komentar Nasrudin itu, yang proulama, dilihat sebagai memberi tekanan terhadap kumpulan pro-Pakatan dalam PAS.

Bagaimanapun penganalisis politik memberitahu Malaysiakini kumpulan pro-Pakatan bakal kalah teruk dalam pemilihan parti itu di Kuala Selangor awal bulan depan. Nasrudin berkata sebab utama yang mendorong berlakunya pertembungan dalam parti itu bukan disebabkan ideologi.

"Punca sebenarnya kenapa berlaku pertembungan dalam parti bukan ulama lawan profesional, tetapi masalah takrifan PAS. 'PAS adalah gerakan Islam' "Saya nampak ada (pihak) yang salah anggap PAS sebagai parti politik.

"Ini yang kadang-kadang datang bab Islam ni (bagi yang fikir PAS sebagai parti akan kata), kalau cakap bab hudud, nanti orang tak sokong, kalau cakap pasal perlaksanaan syariat, nanti orang tak sokong "(Tetapi) PAS adalah sebuah gerakan Islam di mana politik itu sebahagian daripada tanggungjawab," katanya.

Dalam sidang media kemudiannya, Nasrudin menafikan ucapannya mensasarkan kepada kumpulan pro-Pakatan Rakyat. "Ini hanya peringatan am kepada semua ahli," kata bekas ketua Pemuda PAS itu kepada pemberita. Menurutnya lagi, isu kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat mungkin menjadi salah satu topik panas dalam muktamar parti itu Jun ini.

"Isu dalaman ini mungkin berkait dengan bagaimana kedudukan (PAS) dalam Pakatan, bagaimana hala tuju dan strategi semasa untuk pergerakan parti. "(Selain itu) isu luaran berkaitan dengan isu-isu semasa la, GST (cukai barangan dan perkhidmatan), 1MDB dan seumpamanya," katanya. Muktamar PAS akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun di Kuala Selangor.

wakaka
sengal bodo jer

*PAS perlu dijenama semula untuk membuatkan kata-kata Nasrudin ini satu yang benar dan bukan pembohongan.

Adakah PAS bakal bergelar Pergerakan Islam Semalaysia demi Nasrudin???

Apa pun boleh jadi demi foolarmark

Baca ni kejap

Parti Islam Semalaysia (PAS) pada awalnya dikenali dengan nama Persatuan Islam Se Malaysia (PAS). Ditubuhkan hasil dari keputusan Persidangan Alim Ulamak anjuran UMNO kali ke 2, pada bulan Julai, 1951, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, bertujuan membantu UMNO dalam memperjuangkan Islam.

Adakah Nasrudin masih menganggap PAS sebahagian daripada umno?

wakaka

1 comment:

  1. cakaplalah puas puas tantawi, lepas pru ni mungkin dah tak jadi mp lagi...

    ReplyDelete