Monday, May 25, 2015

Hadi Tak Perlu Takut. Isytihar saja Keluar Pakatan Rakyat

Apakah yang mengekang Haji hadi daripada menarik PAS keluar dari tahaluf siyasi dengan PAkatan Rakyat?

Pro umno dalam PAS menyatakan
"putrajaya bukan matlamat"
"Bertanding dalam pilihanraya bukan untuk menang"

Jika difikir dari satu sudut, calon-calon PAS tak perlu menempah bendera dan poster pilihanraya sebab bertanding hanya utk derma duit pertaruhan kepada SPR..

Di situ kita dah nampak betapa munafiknya mereka. Mulut kata tak mau menang tapi dok buang duit tempah bendera dan poster. Kalau setakat tempah dan simpan kat rumah calon, boleh lah dikatakan mereka saja nak sedekah kpd syarikat percetakan. kihkihkih

Tapi bukan itu yang berlaku. Poster ditampal oleh para sukarelawan yang gigih mahu melihat calon PAS menang. Kerja dibuat kerana menyangka calon PAS bertanding untuk menang. Perbelanjaan pasang poster keluar dari poket sendiri. 
Itulah pengorbanan ahli bawahan dan penyokong PAS.

Rupanya mereka ditipu kerana calon PAS bertanding hanya untuk tayang muka kat poter sahaja... bukan untuk menang.

Ikut ajaran islam pegangan mereka membazir tu amalan mulia kot... wakaka

Ada ilmu tapi amal kemunafikan layak bergelar ulamak ke?

Jadi PAS tidak perlu takut kehilangan sokongan dalam pilihanraya kerana PAS adalah Gerakan Islam dan bukan parti politik. Kalau tak percaya sila tanya Nasrudin Hassan. Dia yang buat kenyataan itu..... wakaka! 

Agak-agak dia ni betul ke bohong??
Tak mungkin ulama serban tinggi berbohong
wakaka


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan hari ini partinya bersedia untuk menamatkan kerjasama dengan DAP, lapor Astro Awani Online.

Hadi berkata, kesediaan menamatkan kerjasama itu dibuat susulan kenyataan serta tindak tanduk pemimpin DAP yang mahu membentuk Kabinet bayangan tanpa penglibatan PAS dan PKR.

Katanya, tindakan DAP itu umpama omongan kosong dan tidak realistik kerana Kabinet bayangan perlu mengambil kira pelbagai perkara dalam Perlembagaan negara dan bukan sekadar kepentingan kelompok tertentu.

"Dia (DAP) nak putus, putus lah, saya kena berpijak di bumi Malaysia, bumi Malaysia ini bumi masyarakat majmuk.

"Kita sudah ada dewan-dewan himpunan, NGO-NGO bukan Islam pun banyak," katanya ketika ditemui pemberita di Marang seperti dilaporkan portal itu.

Akhirnya Pakatan Rakyat Akan Berpecah

Menurut ahli Parlimen Marang itu, DAP tidak boleh mendabik dada kerana mereka bukan parti mutlak yang mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang bercita-cita untuk memerintah negara secara bersendirian dengan membentuk Kabinet bayangannya sendiri tanpa penglibatan PAS dan PKR.Lim berkata demikian berikutan parti itu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan presiden PAS.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga mendakwa, pembentukan Kabinet bayangan Pakatan Rakyat (PR) yang dicadang Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan gagal berikutan keengganan Hadi bekerjasama.

Lim menyifatkan Hadi sukar dikawal kerana mempunyai “kuasa veto” untuk menolak sebarang keputusan yang dipersetujui bersama PR.

Hadi sebelum ini menolak keputusan bersama PR untuk menyingkirkan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan digantikan dengan Dr Wan Azizah.


Apabila dah keluar PR ahli boleh buat keputusan sama ada untuk bersama PAS atau meninggalkan PAS

Hadi takut hilang ahli ke?
atau ??????

4 comments:

  1. Kenapa TGNA boleh memaut hati sedangkan Hadi memecah belahkan hati baik yang muslim maupun bukan muslim. Kenapa muslim dan bukan muslim menyayangi TGNA dan membenci Hadi.

    ReplyDelete
  2. "putrajaya bukan matlamat"
    "Bertanding dalam pilihanraya bukan untuk menang"
    Ungkapan ini seolah olah terkeluar dari grey matters se seorang yang tidak cukup oxygen. Kalau serban menyerupai serkup ayam, mustahil oxygen tidak mampu mengalir dengan bebas. Mereka yang asyik dengan HUDUD, HUDUD, HUDUD terlupa ke bahawa tanpa kerajaan hukum itu sampai kiamat pun tak boleh nak di laksana kan. Elok di fikirkan siapa kah yang kerap memesang bendera dan poster setiap kali PRU di ada kan? Siapa yang kerap menghulurkan derma untuk membolehkan PAS bergerak? Deposit calon untuk bertanding datang nya dari poket siapa? Persolaan ini perlu di jawab sebelum apa apa jenis kenyataan yang nak di keluarkan. Fikir punya fikir akhir nya bukan sahaja UMNO-BARU yang kerap memperbodohkan orang Melayu, PAS juga. Untuk meraih derma atau simpati ULAMAK PAS kerap menyebut akan pahala yang bakal di perolehi oleh para penderma, satu di ganda sepuluh atau pun lebih. Kalau dah tak mau menang dalam pilihan raya usah lah di perah tenaga para ahli bawahan.

    "Untuk keluar dari PR atau meninggalkan DAP" Sudah kerap benar kenyataan itu di keluarkan tapi masih tertangguh, mengapa?

    DAP yang mahu membentuk Kabinet bayangan tanpa penglibatan PAS dan PKR. Sebelum ini dengan bangga puk PAS menyatakan bahawa DAP tidak akan mampu menawan Putrajaya secara solo kerana daripada 222 sets dalam parlimen, DAP hanya bertanding 50-60 kerusi sahaja. Mengaka perkara yang di bangkit oleh DAP itu walau pun benar boleh menjadi tajuk perbincangan yang hangat!!!

    Kalau presiden yang ada masih di kekal, I reserved my stand as a PAS member. Ini saya ambil kira setelah menghayati ayat 113 dari surah HUD.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Timbalan Mursyidul Am DAP LGE.. kamu berjaya mengemukakan bayangan kabinet yg paling berkaliber.. dedahkan senarai tersebut.. kami dlm pas yg sokong dap sentiasa di belakangmu... !!!!
    Hahahahaha.. jawab jawab...

    ReplyDelete

  4. Penang di bwh dap x mahu bantu.. sbb tu dap menolak kabinet bayangan pkr krn bimbang dswa akan desak selamatkn atau bantu rohingya muslim.. dap lupa apa yg mesia buat bantu pelarian vietnam buddha thn 70an dulu ... itu pun pasma serta macai2 pkr masih kata tghh perlu tunduk dgn dap.. kelakar sangat..

    ReplyDelete