Sunday, May 17, 2015

DR MAZA BUKTIKAN 'HUDUD' HANYA SANDIWARA UG PAS DAN UMNO



Puak UG dalam PAS sebenarnya tahu akan perlembagan negara yang dicipta penjajah tidak membolehkan sebarang perundangan Islam dilaksana melainkan perlembagaan itu diubah.

Nak ubah perlembagaan perlu menang pilihanraya dan memerintah. Ada pulak ahli politik bahalol yang menyatakan putrajaya bukan sasaran PAS. Jika itu adalah realitinya bermakna PAS hanya berpura-pura mahu melaksanakan hudud.

Kemunafikan itu ditambah lagi dengan kenyataan " kita bertanding dalam pilihanraya bukan untuk menang."

Biasanya orang bertanding dalam apa juga pertandingan adalah untuk menang. SI bahalol ni pulak pertaruhkan wang tetapi tidak ingin menang... wakaka
Munafik atau tidak???

PAS cenderung memainkan isu hudud untuk menakut-nakutkan bukan Islam yang secara tidak langsung akan mengurangkan undi kepada PAKATAN RAKYAT,

UG PAS ini sangat licik. Memainkan isu hudud tat kala pilihanraya kian hampir pada tahun 2013 bukanlah sesuatu yang bijak. Namun mereka seolah sengaja memainkan isu itu demi memenangkan umno bn.

Adalah mustahil jika seseorang ahli politik tidak membaca perlembagaan negara.

Kini isu hudud dipermainkan lagi untuk menarik perhatian umum kepada PAS bagi menyembunyikan keributan yang beralku dalam kepimpinan kerajaan pusat terutama isu jet peribadi dan 1MDB.

Perhatian umum kini 50% berjaya ditarik kepada isu dalaman PAS.

Kepada mereka yang sayangkan PAS sebagai parti politik berteraskan Islam, berfikirlah dengan bijaksana dalam menilai niat sebenar Golongan UG dalam PAS ini yang menjual maruah perjuangan murni pemimpin PAS terdahulu.

*** Ada dengar berita pemimpin parti islam dapat projek kerajaan pusat berpuluh juta???

Kalau ada tolong share, ok 

Terima kasih


4 comments:

  1. Dr maza dgn pendapatnya.. ibarat commentator dok ulas kat luar gelanggang tinju.. mmg senang kerja cam nih.. org lain perah tenaga dia perah mulut jer..
    Sedangkn dah terbukti pun undang2 skarang x dpt mengubah manusia jd baik.. apa bezanya jika ianya masih dikekalkn bila pr memerintah..? Org luar pas mmg nmpk hudud x relevan di masa kini.. kami x peduli pun.. kita boleh tgk pula prestasi dia jd mufti dgn undang2 sediada di negeri perlis.. akan jd baikkah rakyat perlis?!!

    ReplyDelete
  2. Syabas....satu analisis yg tepat mengambar keadaan sebenar apa yg berlaku dlm PAS dan PR selama ini.

    Yang kita sedih kepala-kepala UG ini bukan orang jahil. Bukan orang xde ilmu ugama yg kukuh. Mereka ada yang bertaraf ulamak...

    ReplyDelete
  3. Dr maza dgn pendapatnya.. ibarat commentator dok ulas kat luar gelanggang tinju.. mmg senang kerja cam nih.. org lain perah tenaga dia perah mulut jer..
    Sedangkn dah terbukti pun undang2 skarang x dpt mengubah manusia jd baik.. apa bezanya jika ianya masih dikekalkn bila pr memerintah..? Org luar pas mmg nmpk hudud x relevan di masa kini.. kami x peduli pun..
    Bagaimanapun, kita tgk pula prestasi dia jadi tok mufti dgn mendokong undang2 sediada di negeri perlis.. akan jadi lebih baikkah rakyat perlis?!!

    ReplyDelete
  4. Tindakan yang hanya diketahui oleh si perencana dan Allah jua. Wbp, tidak sukar untuk ditelah; ia tentunya punya agenda tersendiri, jika tidak masakan mereka beriya-iya mahu meneruskannya! Masakan mereka terlalu naive akan kekangan2 perlembagaan/undang2! Masa akan tetap menzahirkan kebenaran.....

    ReplyDelete