Friday, May 8, 2015

BRAVO Dua Kumpulan Penyokong PAS Hampir Bertumbuk Ala Gang Fight


Pertelagahan berlaku antara dua kumpulan Pas yang mendakwa penyokong ulamak dengan penyokong Wan Azizah. PERMATANG PAUH: Hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PKR) Permatang Pauh dicemari dengan pertelagahan antara dua puak yang mendakwa penyokong Pas.

permatang pauhDalam kejadian di Penanti kira-kira jam 5 petang pada Rabu, menyaksikan perang mulut dan tolak menolak antara penyokong Pas yang didakwa penyokong ulamak dengan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Penyokong yang mendakwa kumpulan ulamak itu menggesa agar pengundi tidak memberi undi kepada Datuk Ser Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menentang pelaksanaan hukum hudud. Kumpulan itu membawa sepanduk yang tertera

“Pemuda bersama kepimpinan ulamak” serta “hudud hukum Allah”. Insiden yang melibatkan 20 lelaki yang mendakwa penyokong Pas itu berjaya dileraikan oleh anggota polis.

Mantan Setiausaha PAS Permatang Pauh, Abdul Razak Abdullah menganggap insiden itu satu sabotaj dan provokasi terhadap Pas kawasan Penanti. “Mereka tahu di sini (Penanti) merupakan kubu kuat Pas dan Pakatan Rakyat (PR).

Mereka sengaja hendak buat kacau,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Katanya, demontrasi itu adalah taktik jahat kerana sebahagian besar peserta itu bukan ahli Pas. Beliau bagaimanapun berkata, insiden itu tidak akan menjejaskan sokongan Pas kepada Wan Azizah.


3 comments:

  1. Salam Admin.......adakah nyata kumpulan "pro-Ulama" ini adalah ahli PAS yang sah ATAU orang-orang yang diupah untuk memecahbelahkan undi PAS kepada PR ? Berhati-hatilah admin daripada terjatuh kepada perangkap UMNO-BN. Apakah yang Admin rasa bakal terjadi jika orang-orang PAS sendiri mempercayai bahawa ahli akar umbi PAS dah mula bergaduh sesama sendiri ? Ini bukannya kali pertama anasir-anasir tertentu menyamar menjadi ahli PAS. BRAVO admin Gendang Perang kerana berjaya terpelasuk ke dalam lubang yang digorek oleh Umno-BN.

    ReplyDelete
  2. ini dua2 jenih samdol... ada otak tak nak fikir...nak guna kepala lutut jugak.. lagi teruk dari umgok ,.. malah lagi teruk dari syaitan... kejamya nak bergaduh saja...BODDOH..nauzubillah...

    ReplyDelete
  3. Tuang presideng berdiam diri kerana masih dalam mood sedang dilamun angan angan dek pukulan pilkuda baruah

    ReplyDelete