Monday, April 27, 2015

Tuntut PKR mohon maaf Tapi Pernahkah Hadi MOHON MAAF atas kenyataannya

Berikutan desakkan permohonan maaf yang disuarakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) berhubung kenyataan media AMK Pulau Pinang yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi. Tempoh yang diberikan kepada pihak AMK Pulau Pinang sehingga hari penamaan calon, 25 April 2015 untuk menyatakan permohonan maaf telah tamat.

DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri P.Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh. Semua bilik gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh ini.

Malahan, kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru PASTI juga akan direhatkan dari bertugas dalam PRK ini.

Kami juga tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai mana-mana pentas ceramah sepanjang kempen untuk PRK Permatang Pauh.

DPPNPP turut melahirkan kekecewaan atas sikap berdiam diri oleh AMK Pulau Pinang dan juga helah politik PKR dan beberapa pimpinan tertentu PAS dalam mengurus desakan akar umbi PAS di Permatang Pauh.

Ustaz Mohd Yusni Bin Mat Piah.
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang
26 April 2015

Apakah mereka memegang prinsip ulamak itu maksum sehingga boleh membuat tuduha-tuduahn paslu secara umum dan tidak perlu memohon maaf kepada mangsa yang menerima tohmahan tersebut.

Sila tonton tuduhan-tuduhan berat hadi yang menyebabkan dia disaman RM2juta.

Hadi tidak pernah memohon maaf atas ucapannya itu

http://www.lusuka.com/2013/04/pemuja-carl-marx-dicalonkan-pkr-punca.html

Yang peliknya ada barua-barua yang menjadi penyokong ulamak macam ni. Entah Islam apa yang mereka pegang hingga sanggup menyokong manusia yang tidak releven sebagai pemimpin untuk memimpin sebuah parti yang membawa nama islam sebagai asas perjuangannya...

PAMERAN TETEK DI PETALING STREET 

No comments:

Post a Comment