Sunday, April 12, 2015

Haji Hadi DIDIHKAN raksa

PAS sambut baik usaha kerajaan menentang keganasan

PAS menyambut baik dan menyokong usaha kerajaan untuk menangani keganasan menerusi Rang Undang-undang Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 yang diluluskan di Dewan Rakyat Selasa lepas, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, meskipun terdapat beberapa perkara teknikal yang parti tidak bersependapat dengan kerajaan, namun PAS tidak menafikan akan keperluan undang-undang berkenaan bagi mempertahankan kedaulatan dan maruah negara.

"Kami bersatu dalam menentang keganasan, kami tidak mahu keganasan diimport ke negara kita ... kami menganggap apa yang dicetuskan (keganasan) di negara lain tidak sesuai dengan ajaran Islam.

"Kami tidak nafikan perlunya undang-undang itu dan telah dibahas dengan panjang lebar di Parlimen (Dewan Rakyat). Ini tanggungjawab bersama," katanya pada sidang media di Rusila di sini hari ini.
Maka terlalu malang apabila Presiden PAS memgambil sikap menyokong malah memuji POTA berkenaan. Beliau menyatakan bahawa "undang-undang itu dan telah dibahas dengan panjang lebar di Parlimen" sedang beliau sendiri TIDAK HADIR untuk membahaskan undang-undang berkenaan.

Setelah ahli-ahli parlimen PR berhempas-pulas menentang RUU POTA berkenaan, tiba-tiba Haji Hadi mengeluarkan kenyataan menyambut baik RUU berkenaan.- greenboc


No comments:

Post a Comment