Saturday, March 28, 2015

DAP tuduh Haji Hadi Pengkhianat - Meh sini tengok kewajarannya


Mengulas lanjut mengenai kenyataan daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang menganggap keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang amat melampau, beliau berkata PR tidak akan berpecah selagi PKR ada cara tersendiri untuk menyatukan.

“Kalau ada usahanya, mesti ada cara. Nak seribu daya tak nak seribu dalih,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen. Semalam, Haron Din menganggap keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi memberi isyarat yang hubungan PR bakal berkecai.

Haron dalam laporan Utusan Malaysia hari ini turut mengecam DAP kerana menggunakan istilah “pengkhianat” ke atas presiden PAS dan berkata perkataan itu tidak patut dikeluarkan oleh rakan sekutu dalam PR sendiri.

Apabila diminta mengulas lanjut mengenai cadangan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) GANTI untuk melantik Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai orang tengah dalam mendamaikan DAP dan PAS, beliau enggan mengulasnya. “Saya tidak kenal siapa itu (GANTI). “Siapa yang hendak berusaha menjadi pendamai antara PAS dan DAP, itu terpulang,” ujarnya.
Kat mana kewajarannya, wakakaka

Pi baca kat SINI
Nilai sendiri Haji Hadi Khianat atau tidak

No comments:

Post a Comment