Wednesday, March 4, 2015

Adakah Nik Ahmad Yaakob Berbohong ??? Tak kan ulamak bohong kot wakakaka

Gua bukan nak memandai-mandai tapi bacalah sendiri petikan ini. Individu ini mendakwa berlaku pemberian lesen balak pada tahun lalu sedangkan Nik Ahmad Yaakob menyatakan pemberian lesen balak di negeri Kelantan dibekukan sejak 2006. Tidak diketahui pula bila dan di mana Nik Ahmad Yaakob membuat kenyataan itu....

Berdasarkan kenyataan itu anda semua fikirlah sendiri sapa sebenarnya yang berbohong.... Gua bagi amaran dulu ya, "JANGAN KUTUK ULAMAK"

ADA FAHAM????

Seorang penyelidik lapangan Sahabat Alam Sekitar (SAM) hari ini mendakwa Kelantan dikenal pasti sebagai negeri paling teruk dalam penjagaan hutan di Malaysia.

Meor Razak Meor Abdul Rahman mendakwa keluasan hutan simpan kekal yang ditebang untuk dijadikan hutan ladang di negeri itu adalah terbesar di negara ini.

Beliau berkata, berdasarkan rekod Jabatan Perhutanan negeri itu, sebanyak 41 lesen konsesi pembalakan diluluskan dalam hutan simpan kekal di jajahan Kelantan Selatan meliputi jajahan kecil Gua Musang dan Lojing.

"Jadi bagaimana Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yaakob) boleh menyatakan pemberian lesen dibekukan pada 2006 apabila masih ada lesen diluluskan pada tahun lepas?" katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Forum Media Khazanah Alam Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA)-Institut Akhbar Malaysia (MPI) 2015 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata pembalakan dan penerokaan hutan tersebut merupakan antara faktor penyumbang kejadian banjir luar biasa yang berlaku baru-baru ini.

Meor Razak berkata Kelantan mengamalkan konsep hutan ladang di mana melalui konsep itu, semua pokok ditebang sehingga gondol untuk ditanam dengan tanaman seperti getah dan kelapa sawit.

No comments:

Post a Comment