Monday, February 23, 2015

PAS Takut PASMA - lawak beb

Lawak PAS terus menjadi-jadi. Maharaja lawak mega type 'politik'. PAS menunjukkan bahawa mereka telah mula takut pada rakan sendiri. PASMA adalah dibarisi ahli-ahli PAS. Walaupun mereka diugut untuk dikenakan tindakan disiplin namun setakat ini belum ada berita yang menyatakan ahli PAS yang menganggotai PASMA telah digugurkan keahlian daripada PAS.

Mengapa perlu takut PASMA? Mengapa tanya siapa musuh PASMA? PAS perlu tanya diri sendiri; mengapa acap kali perbuatan mereka berunding dengan umno untuk kerjasama politik berlaku secara senyap-senyap ibarat seorang isteri curang yang selingkuh dengan jantan lain.

Dan lebih seronok didengar ialah setiap perbuatan PAS berunding dengan umno didedahkan oleh umno yang gua sifatkan rakan selingkuh PAS yang curang kepada PKR dan DAP

PAS seolah-olah perempuan bodoh yang dipermainkan umno. Pemimpin PAS tidak pernah serik ditipu umno...

Ditipu sekali mungkin kerana  alpa dan lalai
Tapi kena tipu berkali-kali oleh pihak yang sama 
bermakna kita terlalu bodoh

wakakaka
lawak UG
nak jadi menteri la tuuuuuuuu!!!!


Akhbar Sinar Harian hari ini antara lain melaporkan kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Iskandar Abdul Samad yang bertanya, "Siapa musuh PasMa, PAS atau Umno?"

Sepatutnya saya yang bertanya Iskandar soalan itu, kenapa beliau memusuhi PasMa?
Mengapa bermusuh dengan kerja buat PasMa yang jejas mahu mengukuh sokongan rakyat terbanyak pada kerjasama PAS bersama DAP dan PKR selama ini?

Sepatutnya ahli PAS yang menyertai PasMa tidak dilayan dingin oleh kepemimpinan parti hatta beliau sendiri.

Ini kerana, fokus PasMa adalah mengukuhkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat, sekaligus menolak kezaliman Umno BN selama ini.

Menolak kezaliman Umno adalah kerja buat PAS sebelum ini, maka sepatutnya fokus PasMa menolak kezaliman Umno BN tidak dilayan dingin oleh Iskandar jika beliau jujur menentang kezaliman Umno.

Pakatan Rakyat melalui PKR dan DAP boleh menyambut kerja buat PasMa, mengapa beliau masih menganggap PasMa bermusuhan dengan PAS pula?

Setahu saya, ada pemimpin PAS seperti Timbalan Presiden Tuan Haji Mohamad Sabu diboikot oleh segelintir anggota PAS yang anti Pakatan Rakyat dengan keluar dewan beramai-ramai dalam program parti, sebelum ini.

Dalang sabotaj ini bermusuh dengan Pakatan Rakyat atau Umno? Itu, yang Iskandar patut jawab dulu.

Di Terengganu dan Kelantan, pelbagai ugutan diterima oleh penganjur untuk sabotaj dewan yang ditempah untuk program rasmi PasMa.

Iskandar mungkin boleh bertanya kepada segelintir puak anti Pakatan Rakyat dalam PAS juga, musuhnya PasMa atau Pakatan Rakyat?

Apabila pemimpin utama PAS peringkat Pusat dan negeri dilarang duduk sepentas dengan pemimpin PasMa, PKR dan DAP dalam beberapa forum terbuka sebelum ini, saya sendiri ingin bertanya Iskandar, musuh sebenar PAS adalah PasMa serta Pakatan Rakyat atau Umno BN?

Iskandar wajar jujur menjelaskan kepada akar umbi parti Islam berkenaan. Musuh sebenar PAS sebenarnya PasMa atau Umno, jika beliau sendiri jujur mahu mengukuhkan Pakatan Rakyat.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

"...dan, apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan..." [Surah Al-An'am: 152]
PasMa akan terus mengukuhkan sokongan rakyat terhadap PAS, PKR dan DAP yang menjadi tonggak utama Pakatan Rakyat.

Iskandar mahu PasMa terus dimusuhi PAS atau membantu PasMa memusuhi kezaliman Umno BN?
Sekian.

DATO' PHAHROLRAZI MOHD. ZAWAWI
Pengerusi PasMa

3 comments:

  1. Dah muak kami menulis supaya jgn salahkan pas. Hadi Ping berbini dua dgn umno dan pakatan... Tipu bini perkara biasa hadi Ping Besut ni

    ReplyDelete
  2. Pas sedih...apabila ajk pusat dah diserapi puak2 anwar...kwn menyelinap masuk parti kwn...smpi pasma yg kerjanya menghina dan mengeji dan menfitnah dianggap baik....bahkan...rakan2 pr plak bg sokongan moral dan kewangan...tersepit sbb xleh amik tindakan...tersepit krn harapkan kwn2 pr....kwn2 pr mkn padi....tapi allah maha kaya....tup tup kluar isu tawaran tpm pastu ditambah lg 4 menteri....ada berani beri teguran...tepuk dada tanya iman...

    ReplyDelete
  3. GB Poooraah. Pas takut pasma??? Tolol.

    ReplyDelete