Monday, January 5, 2015

Mari Teka Yang Buat Benda Macam Ni 'Yang Berhormat' Atau 'Yang Bengang'


KUALA LUMPUR, 4 Januari: Sekumpulan sukarelawan dari Puchong, Selangor yang datang mahu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sekitar Tumpat, Kelantan mendakwa dihalang oleh ‘Yang Berhormat’ (YB) di kawasan tersebut.

Pengadu, Fadzeny Jailani, 41, yang mewakili rakan-rakannya kemudian membuat aduan di Balai Polis Chabang Empat, Tumpat, semalam (3 Januari). Pengadu tersebut memberitahu, pada 3 Januari, lebih kurang jam 2 petang, dia dan rakan-rakannya dari Puchong, Selangor telah sampai ke Kampung Kajang Sebidang, Tumpat, untuk menyampaikan sumbangan makanan, minuman dan juga keperluan asas kepada penduduk di kawasan tersebut yang terlibat dengan banjir.

Menurutnya, kira-kira jam 4.15 petang hari yang sama, setelah selesai menyampaikan sumbangan ikhlas mereka singgah di Masjid Simpang Hilir dan dipanggil oleh seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai ‘YB’ di kawasan tersebut yang mempersoalkan tujuan kehadiran mereka ke situ.

Mereka juga mendakwa, ‘YB’ tersebut bertanya atas arahan daripada siapa mereka datang ke mari kerana dakwa ‘YB’ itu, mereka (para sukarelawan) tidak berhak dan tidak perlu menyalurkan bantuan ke kawasan tersebut kecuali melaluinya atau penghulu di situ.

Lelaki yang mendakwa ‘YB’ itu juga berkata, para sukarelawan itu telah merosakkan programnya dan oleh kerana para sukarelawan tersebut tidak berpuas hati di atas tindakan ‘YB’ itu yang mempertikaikan bantuan ikhlas mereka maka aduan tersebut dibuat. Sementara itu jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat mengesahkan laporan tersebut. - sumber

No comments:

Post a Comment