Wednesday, December 17, 2014

PASMA dan GENG USTAZ , Siapa 'Anak Haram?'

Mencari siapa sebenarnya "anak haram". Wakaka...
Panas ke sejuk ke cuba rasa telinga masing-masing. Ini bukan tulisan gua, bro. Ini dicilok dari blog greenboc.

Kalau terasa panas mandi air batu ... OK!!!


Selepas PASMA , PAS Pantau Geng Ustaz Pula

Difahamkan langkah itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS kelmarin dan pekeliling berkaitan kini diedar kepada setiausaha PAS di negeri-negeri.

Pekeliling tersebut ditandatangani Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Dalam pekeliling itu, menurut sumber, jawatankuasa khas dipengerusikan Naib Presiden Salahudin Ayub akan bertemu GU untuk memantau kegiatan mereka dari masa ke semasa.

Penggerak dan aktivis PasMA sebelum ini sudah beberapa kali membangkitkan persoalan kenapa hanya mereka sahaja yang menjadi mangsa “penguatkuasaan” PAS.

Sedangkan, kata mereka, kenyataan lebih keras berkaitan pergolakan dalaman PAS sering ditimbulkan oleh GU.

Terima larangan sertai PasMA

GU dipelopori ulama-ulama muda PAS dan diketuai oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak Norazli Musa.

GU dan PasMA wujud ketika krisis menteri besar Selangor memuncak sebelum ini.

Kumpulan itu sebelum ini mencuri perhatian selepas menganjurkan solat hajat menyokong kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, ketika Pakatan memilih calon lain.

Dilihat mewakili kepentingan kumpulan proulama PAS, GU lantang menentang kemunculan PasMa yang digerakkan anggotanya yang dikatakan pro-Pakatan.

Pada 24 November lalu, Salahuddin mengadakan pertemuan dengan pemimpin PasMA ekoran wujudnya 'keresahan' selepas Majlis Syura PAS melarang anggota parti itu terlibat dengan NGO itu.

PasMa yang diketuai bekas exco Kedah dan ADUN PAS Pengkalan Kundor Datuk Phahrolrazi Zawawi sejak Ogos lalu, mencetuskan polemik baru dalam PAS.

Ia malah mendapat perhatian pelbagai pihak dan menjadi subjek perbahasan pada muktamar parti itu di Johor baru-baru ini.

Sementara itu, Malaysiakini difahamkan mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Pusat Sabtu lalu juga menerima larangan Majlis Syura demi "keutuhan dalaman".

ULASAN GB

Yang ketara, PASMA adalah sebuah pertubuhan NGO yang berdaftar dengan ROS.

Ia bergerak melalui aktiviti-aktivitinya seperti yang telus dan jelas seperti forum dsbnya.

Manakala GU (Geng Ustaz) pula adalah sebuah pertubuhan haram. Bergerak melalui fitnah-fitnah di media sosial dengan menggunakan nama El-Haraki, Usin Ceroi dan beberapa yang lain. Mereka pengecut dan tidak berani mendedahkan identiti mereka yang sebenarnya.

PAS perlu haramkan pertubuhan haram di kalangan ahli PAS iaitu Geng Ustaz ini.

Ironinya mengapa ada pemimpin utama PAS takut dengan PASMA tetapi dalam masa yang sama membiarkan GU bergerak secara aktif sekalipun mereka tahu Geng Ustaz itu "anak haram"?

No comments:

Post a Comment