Saturday, November 1, 2014

Dr Asri AJAR ulama cap ayam

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata masa ini kebanyakan ahli politik menjadikan Islam sebagai senjata politik.

Menurut Dr Asri, sepatutnya Islam dijadikan panduan untuk memperbaiki politik dan bukannya dijadikan alat permainan untuk dijadikan sebagai hujah untuk berpolitik.

“Ini kerana saya lihat ada ahli politik daripada PAS dan Umno yang bergaduh dan selepas itu mengeluarkan dalil-dalil mereka.

“Saya tidak setuju nama Islam dieksploitasi dan digunakan untuk tujuan yang salah,” katanya ketika menyampaikan tazkirah di Parlimen.

Tambahnya, mengkritik ulama tidak semestinya mengkritik agama Islam.

“Kita perlu bezakan antara mengkritik ulama dan Islam.

“Tidak salah kritik ulama, dia pun manusia, yang kita tidak boleh kritik ialah apa yang Allah dan Rasul kata,” jelasnya.

Ujarnya, beliau menasihati kepada ahli politik supaya berhati-hati dalam menggunakan dalil ketika berpolitik. -FMT

No comments:

Post a Comment