Friday, September 5, 2014

Kepada Semua Sahabat Bukan Islam Fahamilah Bahawa Ingkar Janji dan Menipu Bukan Ajaran Islam

Oleh kerana agama aku diaibkan dalam isu MB Selangor, maka aku berasa bertanggungjawab menjelaskan kepada semua rakan bukan Islam di seluruh Malaysia demi maruah agamaku yang telah dicemar

Satu golongan manusia yang kononnya hendak memartabatkan Islam telah melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam. Buat pengetahuan rakan-rakan sekalian, Islam bukanlah agama yang membolehkan umatnya memilih sesuatu hukum yang menguntungkannya dan menolak hukum-hukum lain yang difikirkan akan merugikannya.

Dalam sudut politik, Islam tidak membenarkan agama suku dan politik suku atau agama setengah dan politik setengah atau agama suku dan politik tiga suku.

Rakan-rakanku,

Mengingkari janji dan menipu bukanlah ajaran Islam. Perbuatan mengingkari janji adalah dikutuk oleh Islam. Mereka yang berbuat demikian digelar orang-orang munafik. Orang-orang munafik ini tidak akan dapat masuk syurga melainkan mereka benar-benar bertaubat.

Rakan-rakan sekalian,
baca dan fahamilah definisi munafik dan tanda-tanda orang munafik seperti di bawah agar kalian dapat membezakan sama ada individu atau kelompok itu benar-benar mengamalkan Islam atau mereka sebenarnya golongan munafik.

Pengertian Munafik

Adalah orang munafik termasuk golongan orang yang tidak mendapat hidayah atau petunjuk dari Allah, sehingga jalan hidupnya yang ditempuhi tidaklah mengandungi nilai-nilai ibadah dan segala amal yang dikerjakan tidak mencari keredhaan Alah…

Orang munafik adalah orang yang bermuka dua, mengaku beriman padahal hatinya inggar. Perbuatan orang munafik disebut Nifaq. Mereka ini hanya pada mulutnya sahaja, kemudian dalam perbuatannya sehari-hari nampak baik, tapi hanya tipu helah belaka.

Ertinya segala amal perbuatan yang dikerjakan itu bukan ditegakkan di atas dasar keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah, akan tetapi hanya didasarkan pada perasaan dan hawa nafsunya semata-mata untuk mencari muka, penampilan, mengambil hati dalam masyarakat dan pandangan orang belaka. Segala perbuatan baiknya itu hanya dijadikan tempat berlindung untuk menutupi segala keburukan I’tikad dan niatnya.

Tanda-tanda munafik. 
Berdusta apanbila berkata, menyalahi janji dan khinat (pecah amanah)
“Tanda-tanda orang munafik itu ada 3 macam, apabila berkata suka berdusta,apabila berjanji selalu menyalahi dan apabila diberi kepercayaan (amanah) suka khinat”
[Hr muslim dan bukhari]

Pengaruh munafik bagi kehidupan bermasyarakat.
Dalam sejarah telah banyak membuktikan bahawa umat Islam zaman dulu sering diperdaya oleh orang munafik dan hal itu akan berterus sampai zaman sekarang bahkan zaman yang akan datang dari generasi ke generasi. Oleh kerana itu kita umat Islam dimana saja berada hendaknya berhati-hati terhadap orang munafik yang berhasrat mematahkan semangat juang kita umat Islam, memporak-perandakan kekuatan Islam, memadamkan cahaya Allah ditengah-tengah orang Islam dan selalu kerosakan dan kekacauan dimana-mana.

“Mereka (orang munafik) hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka. Dan Allah telah menyempurkan cahayaNya, meskipun orang kafir membenci.” [Qs Asy-Shaf;8]
Rakan-rakanku yang bukan Islam, ketahuilah bahawa agama Islam itu adalah agama yang benar lagi suci. Namun yang mengotorkannya adalah golongan yang dipercayai kerana tinggi ilmu agama tetapi tidak mengamalkannya.

Tolong jangan salah faham akan agama Islam hanya kerana perbuatan makhluk-makhluk perosak di muka bumi ini..

Sekian Terima kasih.


No comments:

Post a Comment