Wednesday, September 3, 2014

Husam Musa Bayangkan Ada Perubahan Besar PAS Selepas Muktamar

"Saya tahu ada usaha terancang dari setengah kalangan Umno untuk menyerapkan agenda mereka ke dalam PAS. Khususnya dari pasukan TPM.

"Pasukan ini berpendapat, dengan menguasai institusi tertentu dalam PAS, PAS akan bergerak mengikut kehendak mereka.

"Mereka gagal memahami PAS adalah parti yang berbeza dengan Umno," katanya dalam kenyataan beliau hari ini.

Bagaimanapun, perkara itu tidak akan dapat dijalankan dengan mudah kerana PAS tidak akan bersetuju untuk mengikut arahan presiden parti dengan melulu jika bercanggah dengan keputusan mesyuarat parti.

"PAS tidak sama. Muktamar PAS adalah kuasa tertinggi. Majlis Syura sekali pun tidak boleh mengatasi Muktamar," katanya lagi. -MK

Aku membayangkan sesuatu yang positif akan berlaku dalam PAS selepas muktamar tahun ini. Desas-desus menyatakan akan berlaku penolakan terhadap Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai president. Persoalannya siapakah yang bakal diangkat menggantikan TGHH??

No comments:

Post a Comment