Friday, August 22, 2014

Tiada Bank Arab Selesaikan Hutang Khalid pada BIMB - Peguam

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata peguam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan hutang menteri besar Selangor itu dengan Bank Islam telah diselesaikan melalui sebuah bank di Timur Tengah seperti yang didakwa oleh pembantunya.

Katanya, peguam Mathew Thomas Philip juga menafikan bahawa Bank Islam telah menarik balik tindakan undang-undang ke atas Khalid berdasarkan janji menteri besar itu untuk membayar bank berkenaan dengan wang yang diperolehi daripada menyaman Permodalan Nasional Berhad (PNB).

No comments:

Post a Comment