Saturday, August 16, 2014

Islam Tidak Menganjur Umatnya Supaya Wala Kepada Pemimpin Yang Munafik

 
Langkah kajang dimulakan DAP, PAS.

Pemimpin aliran keras PAS mencaci PKR kononnya ingin menghuru-harakan negara dengan strategi Langkah Kajang.

Namun menurut Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dalam ceramahnya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini, usaha paling awal memberi kata dua kepada MB Khalid bukanlah dilakukan oleh PKR, sebaliknya DAP dan PAS.

Menyedari PKR tidak bersetuju pada awalnya melantik semula Khalid Ibrahim sebagai MB sejurus selesai PRU 13 lalu, maka PAS dan DAP mengambil tanggungjawab bagi memastikan pentadbiran Khalid pada penggal kedua tidak mengulangi perangai angkuh beliau pada penggal pertama. PKR tidak bertanggungjawab sepenuhnya di atas sifat buruk Khalid kerana PAS dan DAP yang mengeluarkan surat sokongan kepada sultan Selangor terlebih dahulu sehingga memaksa PKR mempersetujui nama Khalid sebagai MB.

Dalam pertemua kedua-dua parti itu, menurut Tony, Khalid berjanji pada tahun pertama pemerintahannya beliau akan berubah dan bekerja secara berpasukan; bukan lagi secara bersendirian dibantu oleh dua orang wanita Faekah dan Arfah seperti amalan dalam penggal pertama.

Kedua-dua parti berpuas hati dengan janji Khalid. Oleh itu, apabila Khalid mengulangi perangani buruknya dalam beberapa isu maka PAS Selangor membuat aduan 67 perkara kepada PAS pusat.

Jadi, penjelasan Khalid kononnya parti memaksa beliau meletak jawatan adalah bohong. Situasi Khalid sama seperti bekas MB Terengganu Ahmad Said yang hanya diberi muka oleh Umno untuk memerintah Terengganu untuk satu tahun sebelum digantikan. Dan Mat Said digantikan pada pertengahan tahun 2014.

Umno tidak sewajarnya mengambil kesempatan dalam krisis di Selangor dengan menyokong Khalid kerana Pakatan Rakyat tidak berbuat demikian ketika krisis penukaran MB Terengganu. Sokongan Umno dalam krisis penukaran MB Selangor ini jelas mmpunyai matlamat yang lebih besar dan telah dirancang sejak sekian lama.

Oleh itu, pemimpin PAS janganlah menipu diri sendiri kononnya mereka dibuli oleh Anwar Ibrahim dan PKR. PKR terbukti melaksakan apa yang telah dimulakan oleh PAS dan DAP. Langkah Kajang untuk menggantikan MB secara tertib didahului kata dua PAS dan DAP.

Kepada rakan-rakan dalam PAS,

Ketahuilah bahawa kita berada di persimpangan antara Islam dengan politik PAS masa kini.

Rata-rata rakan dalam PAS adalah orang-orang yang hebat ilmu agamanya, Namun tidak menilai berasaskan kenyataan yang wujud secara nyata.

Gua dikritik berat oleh rakan-rakan separti kerana posting gua berbunyi macam PKR.

Ketahuilah bahawa artikel di atas mengandungi perkara-perkara yang sama seperti yang ditulis oleh seorang insan yang bernama Izham Hashim yang dipercayai YDP PAS Kelana Jaya. Ini tulisan beliau Izham Hashim Dipercayai YDP PAS Kelana Jaya Dedah Perbuatan Khalid Ibrahim

Memanglah kita kena wala kepada pemimpin. Tanpa baiah pun kita tetap kena wala kepada pemimpin kerana itu tuntutan agama. Tapi pemimpin yang macam mana? Sila rujuk artikel - Kewajipan mentaati pemimpin

Adakah kita perlu wala lagi setelah mengetahui perbuatan pemimpin kita yang mengkhianati tahaluf siayasi yang secara langsung memalukan Islam di mata rakan bukan Islam yang menjadi sahabat tahaluf siyasi kita? Sepatutnya, Jika tidak mahu bertahaluf siyasi batalkan segera Tahaluf Siaysi itu. Sikap bermuka-muka bukan anjuran Islam.

Perlukah kita wala apabila pemimpin kita berbohong untuk mengaibkan pemimpin parti yang bertahluf siyasi dengan kita?

Perlukah kita wala apabila pemimpin kita menuduh pemimpin kita yang lain (sama parti) sebagai pencuri wang lebuhraya rakyat Kelantan tanpa membuktikannya? Laporan polis tidak dibuat tetapi tuduhan dibuat di hadapan khalayak umum. Perlukah kita wala lagi?????

Perlukah kita wala apabila mengetahui bahawa pemimpin kita adalah yang memulakan 67 aduan terhadap kesalahan Khalid tetapi kemudiannya menyokong Khalid? Permainan apakah ini?

Wala yang mana menjurus kepada neraka dan wala yang mana menjurus kepada syurga?

Berfikirlah wahai sahabat. Belajar agama tinggi-tinggi sampai dapat anugerah dunia (skroll) tapi tak mampu berfikir berlandaskan ilmu yang dipelajari untuk menilai baik buruk pemimpin yang diwalai adalah satu kerugian besar.


Ingatlah pesan Tuan Guru Nik Aziz ini
Pilihlah Pemimpin yang selamat di dunia dan selamat diakhirat”…

Begitulah juga kita WAJIB pilih ULAMAK yang BENAR IMAN + AMALAN SOLEHNYA demi keselamatan di dunia dan keselamatan di akhirat… Allah telah mengajar di dalam Al Qur’an janganlah kamu memperkatakan apa yang kamu tidak buat… bermaksud orang yang tidak terjun dalam POLITIK ISLAM ilmu yang disampaikan tidak bermanfaat jika ianya tidak menyeru umat manusia supa bersatu dengan ISLAM + BERSATU memperjuangkan Daulah Islam + BERSATU untuk tegakkan kepimpinan Ulamak + Bersatu untuk tegakkan Syariat Islam termasuk apa sahaja yang berjenama Islam iaitu BERSATU dengan PARTI ISLAM (PAS)…


No comments:

Post a Comment