Friday, August 29, 2014

Bercanggah lagi- Iskandar Kata Kenyataan Mustafa Bersifat Peribadi

Kenyataan Mustafa isu calon MB belum muktamad'

SHAH ALAM - Pas Selangor hari ini menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali semalam berhubung calon Menteri Besar Selangor yang baharu bukan satu keputusan muktamad.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad sebaliknya berkata penentuan calon sebenar bagi jawatan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat pemimpin Pas Pusat sebelum diserahkan kepada istana Selangor.

"Kita lihat, apa yang dinyatakan Datuk Mustafa hanya sekadar bayangan saja namun kita mahu dengar keputusan akhir berkenaan siapa calon layak daripada pimpinan Pas Pusat sendiri.

"Namun demikian, pihak saya (Pas Selangor) tidak menghantar nama untuk dicalonkan bagi jawatan itu (menteri besar baharu)...kita serahkan saja pada Pas Pusat untuk menentukan siapa yang layak sebelum nama dihantar (ke istana) Rabu depan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ditanya sama ada nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut tersenarai sebagai calon menteri besar baharu yang dicadang Pas Pusat, Iskandar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Semalam, Mustafa berkata, Pas akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga Adun daripada PKR untuk menjawat kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menurutnya, ia berikutan Pas Selangor tetap dengan keputusan untuk tidak menamakan anggotanya sebagai calon bagi jawatan tersebut. - Bernama

No comments:

Post a Comment