Monday, August 18, 2014

Apabila Ulama Bersuara - Tuan Ibrahim Tuan Man Bagi Jumping Smash Meletop

KUALA LUMPUR: Keputusan PAS Pusat hari ini sangat mengecewakan Umno, tulis Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibahim Tuan menerusi facebook beliau.

Katanya, keputusan itu juga menutup mulut golongan yang cuba memecahkan PAS, menambah keyakinan kepada mereka yang ikhlas dalam perjuangan serta menggembirakan rakyat.

Mesyuarat PAS Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

"PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon Menteri Besar," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan selepas mesyuarat tersebut.

Sementara itu, Pemuda PAS Malaysia mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Abdul Hadi kerana telah berjaya mengemudi mesyuarat AJK PAS Pusat hari ini sehingga membuahkan keputusan yang dinamik.

"Keputusan berjaya dicapai dengan persetujuan semua ahli mesyuarat tanpa sebarang bangkangan," tulis ketuanya, Suhaizan Kayat di dalam facebooknya.

Katanya, PAS pernah menyokong Khalid sebelum ini berdasarkan pendirian PAS dalam berhadapan Langkah Kajang kerana pada ketika itu, pandangan PAS kedudukan Menteri Besar tidak berbangkit.

Namun, ujarnya sokongan tersebut bertukar setelah Khalid digugurkan sebagai ahli PKR dan tidak lagi menjadi ahli PR kerana tahaluf syiasi PAS adalah dengan PKR bukannya dengan Khalid.

"Bahkan PAS menegaskan komitmennya terhadap PR dengan tidak menuntut jawatan Menteri Besar kerana menghormati semangat setiakawan bersama PKR dan DAP," tulisnya lagi. - HARAKAHDAILY 17/8/2014

5 comments:

  1. aku mahu tengok PAS memerintah selangor

    ReplyDelete
  2. Dengan Nama Allah SWT
    Pas meeting berjam jam tapi at last buang duit rakyat ( Tax atau pemunggutan derma ceramah ) je.... terpaksa akur dengan kehendak Ex Umno untuk mencalonkan isterinya sahaja. Lepas meeting calon dua nama sebagai ganti TSKI ( menteri Besar Selangor ) siap masuk TV Nasional dan bangga , tapi no guts at all bila jumpa Ex Umno dan terus akur dan setuju hanya satu nama sahaja yang akan di beri kepada Sultan Selangor untuk di tabal menjadi menteri besar Selangor yang baru.... Begini kah cara Pemimpin PAS ada kan meeting tapi kena dapat approval atau kelulusan minit meetingnya?????

    ReplyDelete
  3. Syabas! Kepada kepimpinan PAS yg AMANAH kpd rakyat dan perjuangannya. Insyaallah! PR akan dpt menumbangkan kerajaan BN dengan kesepakatan dan perpaduan yg amat jitu. Kepada kepimpinan PKR ternyata sangkaan dan propaganda UMNO dah jadi barah dan tunggu masa untuk pecah.

    ReplyDelete
  4. takut jadi macam di terengganu & kedah daa ! apapunjangan lupa ABU !

    ReplyDelete