Thursday, July 31, 2014

FATAH kini berpendirian keras setelah beribu kali ditipu zionis

Ramai orang keliru mengapa Hamas tidak mahu berkerjasama dengan Fatah pimpinan Yassir Arafat pada era 80-90an.

Hamas berpendirian TIDAK ADA GUNANYA BERDAMAI DENGAN ZIONIS MELALUI PERJANJIAN KERANA ACAP KALI PERJANJIAN ITU DICABULI.

Fatah pula berpendirian sangat lembut dan masih mempercayaii jalan perdamaian melalui perjanjian dengan zionis hingga mengakibatkan Palestine mengecil seperti hari ini.

Setelah beribu kali ditipu kini Fatah berpendirian keras seperti Hamas. Fatah telah menolak gencatan senjata tajaan Amerika.

Dr. Mahmoud Habash, Menteri Palestin :
Israel dan Amerika telah mensyaratkan supaya semua mujahidin di Gaza agar mencabut senjata. Pimpinan Palestin yang diketuai oleh Presidennya, Mahmoud Abbas menolak walaupun sebuah perbincangan tentang perkara ini sebelum mendapat penyelesaian terakhir yang menjamin penjajahan dihapuskan dan sebuah negara Palestin yang berpusat di Jerusalem/Al-Quds didirikan. Pendirian ini telah disampaikan kepada semua pihak


Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Meshaal mengatakan bahawa beliau menerima sejumlah panggilan telefon dari negara-negara Timur dan juga Barat meminta agar Palestin berdamai dengan Israel.

Khalid Meshaall membalas, yang seharusnya diminta untuk berdamai adalah Israel, sebab merekalah yang memulakan serangan terlebih dahulu. Pasukan pejuang dan rakyat Palestin mempunyai hak untuk membela diri mereka. "Maka kami katakan kepada pihak-pihak yang meminta kami untuk berdamai, mundurlah kalian semua ke belakang", tegasnya.

Beliau mengatakan bahawa perang ini wajib untuk kami lakukan. Berilah kami kesempatan. Kami tidak melakukan apapun kecuali hanya membela diri. Kami telah memenangkan pertempuran dalam dua perang yang sebelumnya, kerana Allah bersama dengan kami. "Kami akan terus melakukan tanggungjawab kami selaku Muslim demi membela tanah Al-Aqsa, tanahair kami, meskipun kami harus bersendirian!" katanya lagi... Allahuakbar!!!

No comments:

Post a Comment