Tuesday, June 3, 2014

Orang Islam Wajib hindari Cadbury


JAKIM sudah menghalalkan coklat cadbury yang didakwanya tiada mengandungi DNA babi. Sebagai umat islam saya rasa terpanggil untuk menyeru seluruh orang Islam (kecuali orang melayu) agar menjauhi cadbury.

Cadbury yang didakwa halal adalah cadbury yang sebelum ini disahkan mengandugi babi.  Berdasarkan maklumat dari sozcyili seperti di bawah...

1. Babi dikesan pada 27 feb 2014

2. Sehingga 22 mei ia didiamkan tanpa apa2 perkhabaran dari JAKIM dan KKM.

3. Sehinggalah ia leak di public barulah terhegeh2 KKM dan JAKIM bertindak.

Sebelum itu. Dari 27 feb sampailah ke 22 mei. Apa yang dorang semua buat? Siapa tahu jawapannya? Aku pun tatau.
Berdasarkan maklumat itu seolah-olah JAKIM cuba menyembunyikan kewujudan DNA babi sejak awal lagi. JAKIM tidak pernah membuat sebarang kenyataan tentang kewujudan DNA babi tersebut kepada umum sehingga maklumat itu dibocorkan.


Seorang individu yang tidak dikenali mendedahkan bahawa Jakim akan mengubah maklumat siasatan asal untuk memastikan Cadbury tidak terjejas. Berita ini telahpun saya siarkan kepada umum pada 31. 5.2014


Berdasarkan sikap awal JAKIM terhadap isu ini, ternyata mereka gagal menyempurnakan tanggungjawab terhadap umat islam. Sepatutnya mereka mendedahkan perkara itu sebaik sahaja keputusan ujian diperoleh.

Kini JAKIM mengisytiharkan bahawa cadbury tiada DNA babi. Bolehkah kita mempercayai JAKIM??? setelah apa yang mereka lakukan sebelum ini?

Rasanya tidak boleh... Langsung tidak boleh. 

Kita kena ingat bahawa negara ini bernama Malaysia atau negara melayu. Demi melayu mereka sanggup buat apa sahaja. 

Oleh itu kita biarkan sahajalah orang melayu yang makan coklat cadbury itu. Orang Islam jangan makan. Banyak lagi coklat yang boleh kita makan.



ADAKAH ANDA FIKIR KKM BERBOHONG?
SILA BACA


PERKEMBANGAN TERKINI JAM 4.38 PM 3.6.2014
KEMENTERIAN KESIHATAN PUSING LINE

Anda tahu mengapa???? 
Tengok kat bawah ni.. sendiri fikir

Cuba fikir mengapa perlu sampai begini???


kalau nak makan juga... terpulanglah!!!

6 comments:

  1. Halal Thailand lebih dipercayai dari Halal jakim kerana standard halal Thailand yang terbaik didunia, Fakta ini x dapat dinafikan sendiri oleh Jakim.

    ReplyDelete
  2. Nampaknya Jakim dah bertukar menjadi agensi yang menghalalkan benda2 yang haram!

    ReplyDelete
  3. Yang ini saya sokong seratus peratus jika kita merasakan diri kita ini hamba Allah jangan lagi percaya apa saja yang keluar dari kerajaan berkenaan dengan cadbury.Kita kena bagi pengajaran yang pedih dengan Syarikat coklat dan juga yang terlibat.Tak makan coklat bertambah Iman kita kepada Allah kalau makan coklat berkumpul lah Syaitan dan Jin Kafir berpesta ditubuh kita.

    ReplyDelete
  4. dah hilang keyakinan dengan jakim, sekejap boleh sekejap tak boleh, ntah
    apa2 punya statement yang they orang ni keluar kan. boikot terus cadbury, saman jangan tak saman, biar jadi pengajaran.. orang melayu juga laa yang selalu teraniaya.. saya sayang bangsa saya dan islam
    .

    ReplyDelete
  5. DEMI FULUS ,PANGKAT & KUASA ! ABU !

    ReplyDelete
  6. Klu pernah menghasilkan campuran babi, kawah besar tu sapa yg samak kan. Jakim kata halal.....kawah dia pun halal jugak ke?

    ReplyDelete