Monday, June 2, 2014

MH370 - Penyiasat akui teori MH370 dirampas Amerika


Dlm satu laporan, penyiasat menjangkakan akan ada lagi tangan ghaib yg akan mengubah kandungan asal tersebut seperti yg berlaku sebelum in perbualan suntingan kapten zaharie di dlm kokpit. Para penyiasat mengatakan pesawat MH370 bukannya hilang sebaliknya telah " dirampas " menggunakan alat kawalan jauh sebelum 2 jet tercanggih Amerika mengiringi pesawat MH370 dari dikesan oleh mana-mana radar di dunia dan telah selamat mendarat di Diego Garcia sebuah landasan ketenteraan Amerika.

Pakar-pakar penerbangan dlm dan luar negeri termasuk beberapa penyiasat dan wartawan terkenal telah menyimpulkan bahawa pesawat MH370 yang hilang dari dikesan oleh mana-mana radar sebenarnya telah lama mendarat dan bukannya terhempas di mana-mana lautan ataupun daratan dan tidak juga meletop diruang udara. Tambahan sebagai Umat Islam kita kena berdoa pada Allah s.w.t kerana dgn izinNYA pesawat MH370 boleh hilang dan dgn izinNYA juga pesawat MH370 boleh ditemui.

Timbul juga beberapa persoalan dikalangan wartawan tempatan dan luar negeri, mengapakah selepas kejadian kehilangan MH370, Malaysia sanggup membela dua ekor Panda yg datangnya dari negara China yg kononnya sebagai simbolik 40 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Adakah Malaysia telah " dikambing hitamkan " dan telah diarah utk memujuk China agar akur dgn apa yg terjadi di atas kehilangan pesawat MH370.Kenapa Amerika beriya-riya utk merampas pesawat MH370. Penyiasat mengatakan bahawa di dlm pesawat MH370 ada sesuatu yg berharga yg telah dibawa oleh sekumpulan saintis dari negara China iaitu Drone Command and Controller (CNC) milik sebuah negara kuasa besar yang telah ditembak jatuh di Afghanistan penghujung 2013. Sofia cuba mendapat gambaran jelas sekali lagi setelah berada di KLIA tadi dan apa yg berlaku pada malam kejadian di KLIA.

Ini kisah sebenarnya yg seluruh rakyat Malaysia kena tahu dan fahami dan ianya tidak dilaporkan oleh mana-mana media di Malaysia mahupun media antarabangsa " Pada malam kejadian 4 jam sebelum MH370 berlepas ke Beijing satu pesawat dari luar telah landing di KLIA dan diwaktu inilah dikatakan kargo yg membawa " barang berharga " bertukar tangan di landasan penerbangan KLIA tanpa melalui bahagian Kastam. Manakala segala data komputer termasuk manual barangan yg telah dimasukkan ke kargo MH370 telah dihapuskan serta merta dan kesemua staff yg bertugas pada malam tersebut telah disoal siasat oleh Polis Bukit Aman dan FBI.

Jangan tanya sofia siapa staff yg terlibat dlm hal ini. Mereka diarah utk berbuat demikan dan mereka tidak bersubahat dan mereka juga tidak tahu bahawa pada keesokkan harinya ada rancangan utk merampas MH370.

Manakala ada mesej yg akan penyiasat bongkarkan kepada umum selepas ini apakah kandungan perbualan terakhir Kapten Zaharie di dlm Kokpit melalui talian hp peribadinya bersama org yg tidak dikenali sebelum pesawat diterbangkan ke Beijing. Tadi Sofia difahamkan ada sesuatu yg kapten Zaharie cuba sampaikan dan mungkin itu amanat terakhir beliau dan mungkin juga beliau telah pun mendapat maklumat awal bahawa MH370 bakal dihijacked tetapi beliau tidak mempercayai. Kita tunggu laporan panas yg akan terhidang nanti....

No comments:

Post a Comment