Thursday, May 29, 2014

Ramai Artis tunjuk lebih banyak Erin Malek tunjuk sikit saja


NAMA pelakon Erin Malek sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila gambar terbarunya di laman Instagram yang dimuat naik olehnya dua hari lalu menerima kritikan pelbagai pihak baru-baru ini.

Difahamkan, walaupun gambar tersebut adalah untuk tatapan umum, tetapi kata-katanya yang ditulis ditujukan kepada kekasihnya, Walid. Erin menulis kapsyen gambar sebagai, “selamat malam untuk saya dan selamat pagi untuk semua @walidwahid."

Erin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, “gambar itu saya tujukan untuk semua.

“Tetapi tidak pasal-pasal dikatakan itu adalah untuk teman lelaki saya.
“Kalau dilihatkan gambar-gambar saya sebelum ini, memang saya selalu ‘mention’ nama teman lelaki saya tetapi berlainan apabila gambar ini dijadikan isu pula,” katanya.

Erin yang mula dikenali ramai menerusi lakonannya dalam filem Tentang Bulan turut berkata kenapa isu itu dibangkitkan sedangkan ramai lagi selebriti yang pernah memuat naik gambar yang lebih teruk daripadanya.

“Saya tidak faham kenapa isu ini seperti sengaja dibesar-besarkan sedangkan ramai lagi artis yang bergambar lebih teruk dan saya rasa ‘its not fair’.
“Bagi saya benda ini ‘its nothing’, bukannya dalam gambar itu saya pakai bra ataupun gambar bogel pun," katanya lagi.

Demikian disunting dari Sinar Harian hari ini.

Memang, gambar dimuat naik Erin Malek melalui Instagramnya ini seperti di atas adalah suatu cara iklan dan publisiti. Tetapi perbuatan tersebut melibatkan suatu carafikir salah dan bertentangan akhlak Islam dan keperibadian kemanusiaan sejagat. Ianya perlu dijaga, kerana ada orang yang mulanya mengenal pohon dari buahnya.

Disitulah bermula pertemuan yang memungkin pemanduan perjalanan arah seterusnya. (IH)

No comments:

Post a Comment