Thursday, May 22, 2014

Dyana Sofya hanya tersengih mencebik apabila melihat kelaku penyokong BN


Dyana Sofya Mohd Daud petang ini diganggu oleh 'samseng' Barisan Nasional (BN) semasa sesi bertemu pengundi di Kampung Padang Tembak, Teluk Intan.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari “Ada cubaan provokasi daripada sekumpulan samseng berbaju dan bertopi BN. Mereka membawa motor dan menghalakan paip ekzos ke arah hadirin. Asap keluar banyak dan bunyi memang kuat.

“Jelas mereka lakukan provokasi dan mahu menghalau, tetapi kita tetap teruskan, malah peniaga dan pembeli menasihati kami tidak menghiraukan perlakuan tersebut,”

 


TELUK INTAN, 21 MEI: Kempen calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud di tapak pasar malam Perumahan Awam Kampung Padang Tembak, petang tadi, kecoh apabila dua pemuda dipercayai upahan BN membuat kacau dengan menghalau dan menghamburkan kata-kata kesat pada beliau dan pimpinan DAP.

Dua pemuda itu yang menaiki motor Yamaha RXZ dengan no plat BJF 30 dan Yamaha BHD 5514 datang dan menghalang laluan pasar malam.

Kedua-dua mereka meninggikan enjin motorsikal tanpa henti.

Salah seorang dari mereka memakai topi berwarna biru dengan logo dan tulisan ‘Barisan Nasional’ menjerit, “Ini kawasan Melayu, tempat Melayu, blah-blah. Balik!

Seorang penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang cuba memenangkan dua samseng tersebut nyaris dipukul.

Keadaan reda seketika selepas sekitar 2 minit, namun mereka berdua dan beberapa orang pemuda berbaju Barisan Nasional datang semula di penghujung pasar.

Mereka sekali lagi memaki hamun dan menjerit, “Orang kata balik, baliklah. Bila nak habis? Ini tempat aku, tempat Melayu!”

Keadaan kecoh dan provokasi melampau samseng BN itu menyebabkan beberapa anggota polis bermotor datang ke tapak pasar malam.

Polis menenangkan samseng tersebut, namun tiada sebarang tangkapan dibuat lapor Roketkini.com





Nampak sangat samseng BN tu dah selamat menjalani proses pembodohan oleh pemimpin UMNO.. kalau tidak sudah pasti dia tak akan kata “Ini kawasan Melayu, tempat Melayu.. sebab Dyana itu Melayu juga..

Kerana dah selamat menjalani proses pembodohan oleh pemimpin UMNO hanya kerana Dyana calon DAP dianggapnya Dyana itu bukan Melayu..

Yang sorang lagi pulak tu.. aku nampak macam tak kaya sangatpun.. tak malu ke dia nak mengaku "Ini tempat aku”

No comments:

Post a Comment