Tuesday, April 29, 2014

MH370 - ISTERI PRAMUGARA BELASAH KERAJAAN NAJIB SAMPAI TERSEMBAM KE LUMPUR

Terlebih dahulu pakcik nak ucapkan tahniah kepadamu wahai makhluk Allah yang teraniaya. Keberaniamu menyingkap perbuatan kerajaan Malaysia adalah suatu yang tidak ada pada orang lain. Dalam keadaan kehidupan keluarga yang meruncing akibat kehilangan suami yang juga ayah kepada anak-anakmu, kamu berhak menuntut apa saja yang diperuntukkan oleh undang-undang negara.

Soal sama ada kerajaan Malaysia terlibat dalam rampasan ke atas MH370 memang sukar untuk dibuktikan tetapi banyak keraguan yang boleh ditimbulkan berdasarkan sikap serta kenyataan putar belit para menteri yang berkaitan sebenarnya satu ukuran yang tidak boleh dipandang sepi.

Segala yang anda bangkitkan dalam tulisan anda adalah bersamaan dengan apa yang pernah pakcik fikirkan.


No comments:

Post a Comment