Monday, March 3, 2014

YB selak Kain wanita

Lelaki dalam gambar didakwa sebagai seorang YB dari Sik Kedah. Ketika membaca tajuk posting yang memaparkan gambar ini gua terperanjat lalu tertanya-tanya YB BN atau YB PR. Perasaan ingin tahu membuatkan gua terus membaca posting tersebut. Ternyata orang yang dimaksudkan adalah YB BN . Entah la gua pun tak pasti. 

Gambar yang dipaparkan pula adalah gambar 'YB' tersebut sedang menyelak kain seorang wanita berumur seolah-olah sedang menunjukkan sesuatu kepada jurugambar yang merakam gambar tersebut.

Memandangkan 'YB' ini adalah seorang doktor dan wanita itu pula adalah seornag warga emas, maka gua tidak fikir ada niat buruk YB tersebut terhadap wanita berkenaan.

Ada kemungkinan 'YB'ini sedang menunjukkan penderitaan atau penyakit warga emas ini kepada jurugambar supaya dapat diberi perhatian wajar oleh kerajaan.

Benarkah ini gambar YB Dr Mansor Abd Rahman?
Gambar rasmi beliau kelihatan berlainan.


No comments:

Post a Comment