Wednesday, March 19, 2014

Thailand kesan radar pesawat MH370


Negara-negara barua USA sengaja meneruskan usaha mencari dan menyelamat MH370 meskipun mereka tahu akan perkara sebenar. Kecelaruan maklumat yang disampaikan pihak berkuasa Malaysia menggambarkan segalanya ada matlamat dan misi tertentu kuasa besar yang menggunakan Malaysia sebagai alat mencapai matlamat itu.

USA pernah mengorbankan sejumlah besar rakyatnya demi melaksanakan hasrat menyerang dan menguasai Afghanistan dan Irag. Jika USA sanggup mengorbankan sebegitu ramai rakyatnya, apakah yang mereka sangsikan untuk mengorbankan sebahagian kecil rakyat dunia demi kepentingan ekonomi dan ketenteraan mereka?

Nah baca berita pencarian diteruskan tetapi tidak mahu menyiasat Pengkalan Amerika di Garcia

Misi mencari dan menyelamat antarabangsa untuk MH370 masuk hari ke 12 dengan Thailand sekarang mengatakan tentera mereka mengambil masa 10 hari untuk melaporkan blip radar yang berkemungkinan daripada pesawat Malaysia Airlines yang hilang “kerana kami tidak memberikan perhatian kepadanya"

India juga mengatakan Boeing 777-200ER yang membawa 239 orang itu berkemungkinan tidak berjaya dikesan melalui Lautan Hindi yang jarang melakukan semakan radar.

Kedua-dua laporan tidak memberikan petunjuk baru untuk mencari pesawat hilang itu yang dikatakan “misteri penerbangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini” selepas hilang di udara pada awal pagi 8 Mac dalam perjalanannya ke Beijing.

Pegawai tentera Thailand mengatakan semalam, radar tentera mengesan sebuah pesawat yang dipercayai mungkin pesawat MH370 terbang melalui Selat Melaka selepas beberapa minit sistem komunikasi pesawat Malaysia itu dipadamkan.

Jurucakap Tentera Udara Thailand, Naib Marsyal Udara Montol Suchookorn berkata, tentera tidak mengetahui pesawat yang dikesan merupakan pesawat MH370, lapor Canadian Broadcasting Corporation di laman sesawangnya.

Kegagalan Thailand berkongsi maklumat dengan cepat mungkin tidak mengubah apa yang pihak berkuasa Malaysia tahu sekarang, tetapi menimbulkan persoalan bagaimana sesetengah negara berkongsi maklumat ketenteraan mereka, kata portal berita tersebut.

Gabungan 26 negara, termasuk Thailand, sedang mencari pesawat MH370 dengan krew carian mencari di dua lengkok wilayah gergasi sebesar saiz Australia – separuh daripadanya di laut terpencil di selatan Lautan Hindi. Pasukan penyelamat sebelum ini mengadakan operasi pencarian di Teluk Thailand, tetapi menemui kegagalan.

Pencarian untuk pesawat hilang itu merupakan antara yang terbesar dalam sejarah penerbangan.

Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengatakan pesawat pengawasan P-3 dan P-8 bergerak melalui lautan dengan kaedah yang dikenali sebagai "memotong rumput," sementara menggunakan radar untuk mengesan sebarang serpihan bergerak di dalam air dan menggunakan kamera beresolusi tinggi untuk mengambil gambar.

No comments:

Post a Comment