Friday, March 14, 2014

Teori Konspirasi - MH370 Berada di Maluku


Kehilangan MH370 sudah memasuki hari ke tujuh. Tiada satu pun tanda bahawa kapalterbang besar tersebut terhempas atau dirampas mana-mana pihak. Walaupun ada pihak di China mendakwa merampas kapalterbang tersebut namun dakwaan mereka tertolak kerana tiada sebarnag tuntutan atau bukti-bukti lain.

Malaysia adalah sebuah negara yang sering sahaja mencipta nama buruk sejak PM Najib menerajui pemerintahan. Malaysia pernah dinobat negara paling rasuah dalam perniagaan, pendidikan paling buruk di Asia, Perdana Menteri paling boros dan lain-lain.

Menyorot kembali peritiwa sebelum kehilangan MH370. Pada hari sebelumnya, Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman lima tahun penjara kerana didapati bersalah meliwat Saiful. Sejak waktu hukuman dijatuhkan, para pejuang cyber Pakatan Rakyat telah melaungkan hasrat mengadakan demonstrasi besar-besaran yang dinamakan REFORMASI 2.

Pelbagai bentuk banner dan rayuan disebar di media sosial dan mendapat share yang sangat banyak. Ramai para penyokong Pakatan Rakyat menyatakan hasrat untuk mmenyertai demo berkenaan.

1. Jangkaan bahawa TV3 dan TV nasional akan memainkan isu Anwar dihukum penjara lima tahun tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya kesemua stesen tv Malaysia tidak menyebut langsung akan berita Anwar dijatuhi hukuman kecuali pada hari hukuman dijatuhkan. Hari berikutnya semua stesen TV mematikan berita Anwar dihukum penjara. Tidak seperti biasa yang mereka lakukan apabila ada berita yang berkaitan Anwar Ibrahim yang menuntungkan BN.

Apa yang ditimbulkan adalah berita MH370 hilang dari radar dan tidak diketahui nasibnya. Berjam-jam televisyen menyiarkan berita tentang MH 370.

2. The Malaysian Insider versi bahasa inggeris melaporkan bahawa dalam kapalterbang tersebut terdapat beberapa orang individu yang bekerja dengan tentera Malaysia untuk program persenjataan moden. Antara perkara yang mereka usahakan adalah menghilangkan kapalterbang dari dikesan radar.

Berdasarkan maklumat semua medium berita, MH370 tidak dapat dikesan oleh mana-mana radar selepas hubungan terakhir Juruterbang utama dengan Menara kawalan KLIA.

3. Bagi menutup sesuatu, ada pihak telah mengupah raja bomoh untuk melakukan ritual bagi mengesan MH370. Ritual yang memalukan Islam dan Malaysia itu mendapat cemuhan antarabangsa termasuk rakyat Malaysia sendiri.

Raja bomoh itu mendakwa MH370  terapung antara tiga negara serta menunjukkan ada kaitan alam ghaib dengan kehilangan MH370

4. Raja bomoh tidak sendirian kerana ada seorang pengkaji yang ditemuramah TV3 turut mempunyai pendapat MH370 dighaibkan oleh kuasa tertentu. Masa dan keadaan akan menentukan sama ada MH370 dapat ditemui atau tidak.

Segalanya adalah untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa MH370 hilang kerana kuasa ghaib. Malangnya rakyat Malaysia bukan sebodoh itu.

5. Apabila nelayan menemui rakit milik pesawat di Selat Melaka, menteri dengan selamba menjawab bahawa rakit berkenaan 'tiada kaitan'. Perlu diingat bahawa menteri berkenaan tidak melihat sendiri atau mendapat meklumat dari pakar forensik tentang rakit berkenaan tetapi menteri berkenaan begitu yakin menyatakan bahawa rakit itu tiada kaitan dengan MH370.

Kesimpulan yang gua ada adalah,

Kehilangan MH370 adalah satu konspirasi yang mendapat sokongan beberapa negara bagi membantu Malaysia menghalang REFORMASI kali kedua. MH370 hilang dari radar kerana kebijaksanaan pakar-pakar yang pernah bekerja dengan angkatan tentera Malaysia yang berada dalam kapalterbang tersebut.

MH370 tidak terhempas atau dirampas mana-mana pihak tetapi mendarat dengan selamat di suatu tempat yang tidak diketahui.

Berdasarkan laluan asal, hati gua menyatakan bahawa MH370 mendarat dengan selamat di kepulauan antara Indonesia dan Filipina.  Pulau Maluku adalah yang terbaik untuk menyorokkan kapalterbang yang tidak dikesan radar.

Mengapa Maluku???? sindri mau ingat la bro

Kita lihat siapa yang kena.... tunggu




11 comments:

  1. Jgnlah buat klakar, spekulasi sendiri.. bomoh klentong dgn ape yg dceritakan kapten nuruddin kat tv3 tu lain versinye.. kapten menjelaskan dgn fakta, dan membawa kita untuk melihat kuasa Tuhan,untuk kita mengaku lemah dihadapanNYA,Jgnlah bile dikaitkan dgn alam ghaib,mudah je mmbuat tuduhan yg seolah itu adalah jawapan utk melepaskan diri,tnpa kita sedar kita memisahkan Allah dari kehidupan kita..

    ReplyDelete
  2. Antara hikmah dan iktibar kehilangan MH370 setakat ini ialah;

    1. Sekurang-kurang manusia mahu berfikir dan kembali mengatakan hebatnya kuasa Allah walau pun untuk seketika!

    2. Tentu ada segelintir manusia yang beriman akan bertambah keimanan mereka. Sedangkan orang beriman dan bertaqwa itu sentiasa mengaitkan sesuatu peristiwa dengan Allah sekali pun kakinya tertusuk duri di jalanan!

    3. Mendorong manusia mengharap kepada kuasa Allah atau keajaiban dari Tuhan!

    4. Di Malaysia khususnya, sekurang-kurangnya meredakan persengketaan politik yang semakin hari semakin menjauhkan manusia dengan Allah.

    5. Mengalih pandangan dunia terhadap kekalutan politik di Malaysia kepada suatu peristiwa kemanusiaan dan ketuhanan! Dengan peristiwa ini, seolah-olah dunia sedang diajak untuk mengenal Allah melalui Malaysia!

    6. Isu politik, ekonomi, social dan bencana alam yang kian parah dari masa ke masa semacam terhenti seketika oleh satu babak menarik. Allah mahu mengajak manusia kembali kepadaNya untuk menyelesaikan semua masalah kehidupan yang sedang meruncing.

    7. Sekiranya kehilangan pesawat ini terus ‘hilang’, barangkali ianya isyarat besar menjelang peristiwa yang sangat besar di akhir zaman.

    8. Mungkinkah misteri ini akan menjadikan manusia yang bertuhankan akal mahu untuk tunduk kepada suatu kuasa roh oleh “Kerajaan Ajaib” yang ghaib?

    9. Apa pun hikmahnya hanya Allah Yang Maha Tahu. Di zaman Nabi Allah Nuh, Allah saw lakukan banjir besar di seluruh dunia, tetapi hanya sekitar 80 orang sahaja yang terus beriman dan makin kuat rasa bertuhan dalam diri mereka.

    10. Tidak hairan jika peristiwa apa pun Tuhan lakukan, hanya segelintir manusia yang mahu kembali kepada Allah dikeranakan peristiwa tersebut.

    Pesawat MH370 bukan sahaja telah pun menerbangkan seramai 227 penumpangnya lalu “hilang” tetapi diharapkan impaknya boleh pula membuatkan hati-hati manusia untuk terbang bertemu Tuhannya sehingga dunia ‘hilang’ dari hati mereka.

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat ditemukan...doa kami msyrkt Indonesia untuk keselamatan semuanya...

    ReplyDelete
  4. Smg semuanya baik" saja...doa kami rakyat Indonesia untuk keselamatan semuanya...

    ReplyDelete
  5. Si labu dengan si tikus hahahaha dah kena la tu......

    ReplyDelete
  6. Nyata ini datang dr pemikiran yang jengkel. Kamu orang dipengaruhi emosi. Apa kamu ingat warga china tuh sedia terima pendapat luh

    ReplyDelete
  7. aku rasa kau pun lbih kurang ngan raja bomoh,,buat cerita syok sendiri..cuma raja bomoh ada telur buat terang2..sedia dikritik kaw2..kau tu baling batu sembunyi tangan..klau betul kenyataan( BUKAN TEORI) kau..tunjukkan diri kau sebarkan pda dunia..ini melibatkan banyak nyawa dan keselamatan negara..

    ReplyDelete
  8. aku rasa kau pun lbih kurang ngan raja bomoh,,buat cerita syok sendiri..cuma raja bomoh ada telur buat terang2..sedia dikritik kaw2..kau tu baling batu sembunyi tangan..klau betul kenyataan( BUKAN TEORI) kau..tunjukkan diri kau sebarkan pda dunia..ini melibatkan banyak nyawa dan keselamatan negara..

    ReplyDelete