Thursday, March 6, 2014

Salahuddin Ayub Sekolahkan Budak Tua Yang Kena Pecat Dari PAS


Si Hassan Ali masih perasan bahawa

dirinya masih diterima PAS sedangkan hakikatnya dia sudah dipecat keahlian daripada PAS. Sebagai orang yang dipecat dan dibenci, Hassan Ali sepatutnya sedar diri dan tidak lagi mencampuri urusan PAS.

Jagalah JATI tu baik-baik agar boleh mencapai status seperti umno dan perkasa. Kembangkan keahlian dan daftar sebagai komponen barisan nasional. Ada lah can jadi menteri... wakaka

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyelar dan memberi amaran kepada bekas Naib Presiden parti itu Datuk Dr Hasan Ali agar tidak mencampuri urusan parti itu lagi kelak.

Menurutnya, Hasan kini sudah tidak lagi relevan untuk memberi nasihat tentang hubungan dalam Pakatan Rakyat (Pakatan) termasuk memberi cadangan akan tindakan yang perlu diambil oleh PAS.

Sebaliknya, PAS nekad untuk terus memperkukuhkan hubungan dalam komponen parti pembangkang itu, sekaligus memberi sokongan padu kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal bertanding di DUN Kajang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 23 Mac nanti.
"Kita (PAS) masih dalam semangat Pakatan Rakyat (Pakatan), Datuk Hasan Ali pun sudah terkeluar daripada PAS jadi dia tidak perlu untuk menunjuk ajar PAS tentang cara kita bersahabat dalam Pakatan.

"Kita masih kekal dalam semangat setiakawan dan saya rasa tidak perlu untuk kita membuat sebarang kenyataan yang penting bagi PAS sekarang ini adalah memperkukuhkan hubungan kita dalam PR.

"Saya tidak teruja dengan nasihat yang begitu," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

Hasan yang juga kini Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) semalam dalam sidang medianya menyeru PAS untuk menghalang Anwar daripada menang di Kajang PRK nanti sekaligus membantutkan hasratnya untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Dalam masa yang sama beliau turut menyuarakan sokongan terhadap PAS jika parti itu turut mengemukakan calon untuk menggantikan Tan Sri AbdulKhalid Ibrahim daripada jawatan menteri besar.

Mengulas lanjut Salahuddin menambah parti itu buat masa ini hanya menumpukan perhatian kepada kemenangan Anwar di Kajang.

"Itu saya rasa kita akan bincang kemudian yang penting kita mahu memenangkan PRK Kajang dahulu," tegasnya. - antarapos


1 comment:

  1. inlah dinamakan spesis menesia planet jalor tiga mega perdana GILA TALAK 3. Sebab tu dia meracau, jadi tok dukun, peramal dan tok peti. akhir sekali Hasan Ali ni haramjadah (pinjam kata sakti DS Najib RM). sila tadah telinga dengar molek.

    ReplyDelete