Wednesday, March 19, 2014

Rusia Ancam Letupkan USA hingga jadi debu radioaktif


Seorang wartawan sebuah stesen TV Rusia yang disokong kerajaan memberi amaran bahawa negaranya boleh menukar Amerika Syarikat kepada "abu radioaktif" sebagai respon apabila pentadbiran Obama mengancam untuk mengambil tindakan jika Rusia campurtangan di Crimea berikutan undi pemisahan Ahad ini.

"Rusia adalah satu-satunya negara di dunia yang secara realistik mampu menjadikan Amerika Syarikat menjadi abu radioaktif," kata Dmitry Kiselyov dalam program mingguannya.

Kiselyov adalah individu dipilih sendiri oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin pada tahun lalu untuk mengetuai sebuah agensi berita baru.

Dalam satu kenyataan, Rumah Putih berkata referendum telah diadakan di bawah "ancaman keganasan dan ugutan" berikutan pencerobohan Rusia dua minggu lalu sambil menambah bahawa Rusia "telah meningkat campur tangan tentera di Crimea dan memulakan latihan ketenteraan di sempadan timur Ukraine. "

No comments:

Post a Comment