Tuesday, March 18, 2014

My dearest hubby Anas Mazlin suppose to fly that flight to Beijing - Saksikan wajah pilot yang sepatutnya menerbangkan MH370


Ini adalah pengakuan seorang wanita yang ditulis seorang wanita. Tidak pasti sama ada diposkan di twitter atau facebook.

Apa yang menarik adalah kandungan tulisan beliau yang mendakwa suaminya Anas Mazlin sepatutnya menerbangkan pesawat MH370 yang kini hilang entah ke mana. Wanita itu juga mendakwa bahawa penerbangan tersebut telah dirancang sejak sebulan yang lalu tetapi suaminya digantikan pada saat-saat akhir.

Berita ini jika benar seperti ditulis beliau menunjukkan bahawa Kapten Zaharie Ahmad Shah memang bercuti pada masa itu tetapi dipanggil untuk bertugas pada saat-saat akhir. Oleh yang demikian, pegawai yang menjadualkan semula tugas pilot pada saat-saat akhir perlu memberi penjelasan akan tindakannya itu.

Wanita ini juga sebenarnya mendedahkan perkara sebenar setelah pegawai MAS menafikan berlaku penjadualan semula tugas pilot pada saat akhir sebelum penerbangan MH370 ke Beijing.


Siapa sebenarnya yang menipu?

No comments:

Post a Comment