Tuesday, March 4, 2014

Minta bantuan pulihkan hubungan dengan Iran - PAS jangan terperangkap


PAS mungkin akan terharu dengan seruan membantu kerajaan memulihkan hubungan dengan Iran yang dikatakan mengambil keputusan untuk mengurangkan import minyak kelapa sawtt dari malaysia kerana tidak puas hati dengan sikap anti syiah melampau yang ditunjukkan oleh parti peneraju pimpinan negara.

Barangkali PAS akan menganggapnya sebagai satu perbuatan untuk menyelamatkan ekonomi negara yang semakin memburuk. Di satu sudut lain PAS perlu beringat, walau pun sekiraanya kepimpinan PAS mempunyai keupayaan untuk memujuk Iran agar berlembut namun risiko besar menanti PAS setelah segalanya diusahakan. 

Sama ada berjaya atau tidak bukan soal kerana sebarang rundingan dengan Iran akan terus digunakan sebagai peluru untuk memburuk-burukkan PAS seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Peribahasa anjing tersepit perlu jadi iktibar kepada pemimpin PAS 

Jika difikirkan secara sedikit mendalam, umno tidak memerlukan PAS untuk memujuk Iran supaya membatalkan hasrat mengurangkan import minyak kelapa sawit kerana Malaysia ada sebuah persatuan syiah yang menaungi 200 ribu hingga 1 juta ahli. 

Ketua mereka adalah calon paling layak untuk membantu umno dalam memujuk Iran. Apabila syiah dengan syiah bertemu pastinya keakrabannya lebih berbanding ASWJ bertemu syiah. Keakraban itu akan memudahkan usaha memujuk Iran.

Di sudut yang lain, pencacai selalu mengagungkan diri mereka dengan ungakapan "hanya umno boleh jaga ekonomi dengan baik" sekarang mereka kena buktikan kepada umum bahawa mereka memang terbaik. Tolak tepi kemelut ekonomi sekarang yang memang dah teruk. Jangan minta mereka mencari pelabur baru tetapi biarlah mereka usahakan agar pendapatan sedia ada (eksport minyak kelapa sawit) tidak berkurangan akibat kesalahan sendiri.

Secara peribadi gua menganggap syiah tiada kaitan dengan gua, 
dia nak beli kalu ....belilah, tak mau beli kalu .... boleh blah. 


3 comments:

  1. Jika kacang lupakan kulit, boleh tahan kira lagi tetapi, jika melepaskan anjing tersepit tu saja nak cari na'eh!

    ReplyDelete
  2. Tokey ladang sawit sume kroni umno,company2 O&G pun kroni umno juga pnyer.jadah apa nak tlg????

    ReplyDelete