Sunday, March 30, 2014

MH370 - Mengapa TV2 Tarik Balik Kenyataan MH370 Sah Dirampas?


TV2 telah menyiarkan satu pesanan berbentuk tulisan bergerak di kaca televisyen ketika tayangan Telemovie sedang berlangsung paada pukul 12.05 a.m. TV2 telah memaparkan apa yang dikenali sebagai "rerayap" mengenai insiden MH370 dengan mesej 
"PESAWAT MH370 SAH DIRAMPAS".

Mengapa tulisan berkenaan timbul jika tidak mendapat maklumat yang sah dari sumber. TV2 memohon maaf berikutan penyiaran tulisan berkenaan.

Adakah TV2 mendapat maklumat yang tepat tetapi diarah meminta maaf dengan memberi alasan mudah.

Oleh kerana para menteri dan timbalan menteri termasuk PM sendiri membuat kenyataan-kenyataan yang tidak berasas sebelum ini hingga dibidas pakar-pakar negara luar sangat memalukan. Aku percaya berita MH370 sah dirampas itu adalah benar tetapi TV2 telah diarah untuk nafikan semula.

Kenyataan-kenyataan tidak masuk akal oleh manusia yang bergelar menteri mencerminkan tahap pemikiran dan kebolehpercayaan peneraju kerajaan Malaysia ketika ini terutama dalam isu-isu membabitkan MH370.

Adakah menteri-menteri Malaysia memang bodoh atau sengaja buat-buat bodoh untuk menyembunyikan kebenaran atas alasan tertentu.

Imbas kembali ....

PM Najib ditaji PM Australia kerana membuat pengesahan MH370 berakhir di Lautan Hindi tanpa bukti kukuh. Inmarsat juga nafi maklumat daripadanya menjadi rujukan Najib. So Najib tipulah... Najib dakwa macam tu.

Zahid Hamidi pulak kena hentam dek Interpol kerana buat kenyataan sengal macam kat bawah ni..........
Akhbar Malay Mail Online memetik Zahid sebagai berkata maklumat Interpol mengenai pasport yang hilang boleh melambatkan proses pemeriksaan imigresen di kaunter.

Interpol, yang berpangkalan di Lyon, Perancis berkata, ia hanya mengambil masa 0.2 saat untuk pangkalan datanya mendedahkan kepada pihak berkuasa sama ada pasport disenaraikan sebagai dicuri. Tidak ada negara lain yang pernah mengadu proses itu terlalu perlahan, katanya.

"Keputusan Malaysia tidak merujuk kepada pangkalan data Dokumen Perjalanan Hilang (SLTD) Interpol sebelum membenarkan pelancong memasuki negara atau menaiki pesawat, tidak boleh dipertahankan dengan menyalahkan teknologi atau Interpol. Jika ada sebarang tanggungjawab atau untuk dipersalahkan atas kegagalan ini, ianya adalah Jabatan Imigresen Malaysia," katanya.

Dua penumpang yang menggunakan pasport Austria dan Itali yang dicuri dapat menaiki pesawat tersebut yang hilang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac. - mkini
Peliknya menteri-menteri dan timbalan menteri Malaysia yang buat kenyataan tanpa merujuk mana-mana maklumat sahih ni tahu malu ke tidak?

Apabila ditanya pemberita, mereka ikut sedap mulut bercakap tanpa memikirkan risiko ke atas maruah diri mereka sendiri. Apabila maruah menteri tercemar dan dianggap bodoh, maka rakyat Malaysia juga terasa aibnya.

Susah nak percaya pada menteri sekarang ini apabila membabitkan Mh370. Banyak kerenah, namyak kepalsuan dan banyak SONGEH...


3 comments:

  1. Salam

    Terbaik! Kikiki...TV2 dirampas oleh monki!

    ReplyDelete
  2. Setelah saya membaca dari pelbagai sumber dari luar Negara, saya dapati kehilangan pesawat MH370 banyak yang misteri dari yang di laporkan oleh media di Negara ini. Mengapakah dalam hal ini kera-JAAN Melaysia di lihat tidak telus. Umpama 4 tan buah manggis yang di luar musim. Ada kah ia nya untuk menutup satu lagi kargo yang di katakan sejenis batery!!!.

    Satu panggilan missed call dari rakyat cina, panggilan yang di buat oleh seorang warga Indonasia dan Amerika. Mengapa di gelap kan?

    ReplyDelete
  3. Setelah saya membaca dari pelbagai sumber dari luar Negara, saya dapati kehilangan pesawat MH370 banyak yang misteri dari yang di laporkan oleh media di Negara ini. Mengapakah dalam hal ini kera-JAAN Melaysia di lihat tidak telus. Umpama 4 tan buah manggis yang di luar musim. Ada kah ia nya untuk menutup satu lagi kargo yang di katakan sejenis batery!!!.

    Satu panggilan missed call dari rakyat cina, panggilan yang di buat oleh seorang warga Indonasia dan Amerika. Mengapa di gelap kan?

    ReplyDelete