Saturday, March 22, 2014

Gantung banner provokasi - Lelaki dipercayai Petugas BN dicekup

Cerita lawak paling terdesak untuk mengelakkan kekalahan besar calon mereka agaknya... Sikap yang tidak sepatutnya ada pada diri mana-mana pejuang kalimah Allah.

Sekumpulan lelaki dipercayai petugas jentera Barisan Nasional (BN) dicekup ketika sedang menggantung beberapa banner provokasi terhadap parti lawan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Kumpulan terbabit yang memakai topi berlogo BN dengan menggunakan lori berlogo BN serta gambar calon BN ditemui pada jam 4.08 pagi tadi di kawasan jalan besar Kampung Baru Sungai Chua.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Elizabeth Wong berkata, banner bersifat provokasi itu juga didapati tidak tertera lambang BN seperti mana lazim dilakukan dalam serangan provokasi lain.

“Memang ini yang kita jangkakan dari BN. Mungkin ada lagi dinaikkan menjelang malam nanti.

“Pihak PKR, kami tidak akan mengeluarkan banner propaganda hitam seumpama ini,” kata Elizabeth dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR di sini hari ini.


Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzli berkata tindakan ini jelas menunjukkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang mendakwa BN akan menjalankan kempen secara budiman sebagai hipokrit semata-mata.

“Tan Sri Muhyiddin kata BN akan berkempen secara ‘gentleman’ tapi buat lain. Hentilkan hipokrasi,” kata Fahmi.

Antara banner provokasi itu tertulis, “Kami sudah beri peluang enam tahun. Tak perlu minta simpati” cuba menggambarkan banner itu dikeluarkan pengundi Kajang.

Provokasi seumpama ini dianggap sebagai bahan kempen yang tidak mematuhi syarat pilihan raya yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Isu ini sudah pun dilaporkan kepada balai polis berdekatan kira-kira jam 5.00 pagi tadi untuk tindakan lanjut.

1 comment:

  1. Pihak umno/BN ni memang tak sudah2 bangangnya. Buat kerja bodoh yang mereka fikir rakyat akan termakan dengan perbuatan bangang mereka.Kesian, sampai bilalah orang2 melayu yang totok umno ni nak gunakan sedikit otak udang mereka. Pemimpin2 umno, Tolonglah ajar anak2 buah kamu yang bodoh tu, kalau memang bodoh pun pura2lah cerdik sedikit. Malu bangsa melayu.

    ReplyDelete