Saturday, March 15, 2014

Brigade AL Qassam Brigade Saraya Al-Quds Serang Israel



Para pejuang Palestin yg terdiri drpd Brigade Al-Qassam dan Brigade Saraya Al-Quds telah memberikan perlawanan terhadap penjajah Israel. Perlawanan ini bermula apabila serangan penjajah Israel selama 2 hari sebelumnya telah membunuh 7 warga Palestin.

Sebagai tindakbalas dari pejuang Palestin, mereka telah meluncurkan 3 roket ke arah Israel, kemudian menambah menjadi 32 roket dan menambah lagi sehingga 70 roket.

Sehingga Khamis, 13-Mac-2014, kedua-dua Brigade Palestin itu mengatakan telah menembakkan lebih dari 190 roket ke bandar Israel... Allahuakbar!!!

Menurut laporan dari Media Israel, Ahronot, dilaporkan bahawa roket-roket dari Gaza telah pun mengenai rumah-rumah warga Yahudi di Israel. Sementara itu, warga Yahudi yg tinggal berdekatan sempadan Israel dan Gaza terpaksa melarikan diri dari rumah-rumah mereka.

Brigade Al-Quds telah menegaskan bahawa Israel harus menerima risiko akibat dari kekerasan yg telah mereka lakukan terhadap warga Palestin. Oleh yg demikian, maka ketika ini bukan masanya untuk membahaskan perjanjian damai. - Green Project's photo.


1 comment: