Friday, March 14, 2014

Bomoh Punya Pasal Najib Dapat Gelaran 'PM Tak Ada Otak'


Sebuah laman sesawang antarabangsa International Busines Times (IBTimes) melaporkan pengguna media sosial menggelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak ada otak (“brainless”) apabila membenarkan bomoh untuk membantu mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

IBTimes melaporkan seorang pengguna Weibo, sebuah laman sosial media China, berkata: "Buat pertama kali sebagai rakyat Malaysia, saya merasa malu, bukan kerana salah laku apa-apa tetapi kerana memiliki perdana menteri yang tidak ada otak.

"Berhentilah dari menjatuhkan air muka rakyat Malaysia," kata penulis itu sebagaimana dilaporkan oleh IBTimes.

Respon ini selepas tindakan kerajaan membenarkan seorang yang menamakan dirinya sebagai Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin, melakukan ritual untuk mencari di mana pesawat MH370 itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sementara itu media Arab, Al-Arabiya.net, dalam laporannya berkata, Malaysia menggunakan sihir sebagai jalan terakhir untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370..


1 comment:

  1. PM tak jemput pon tapi datg atas arahan DAP dan di bayar oleh DAP than mereka pon create 1 cerita yg memalukan PM and rakyat malaysia.....tak caya tanya kat Bomoh tu.

    ReplyDelete