Monday, March 3, 2014

Anwar akan Isytihar RM1 bersamaan USD1 jika menang di Kajang

PRK Kajang adalah satu perebutan kerusi ADUN sahaja namun yang peliknya ada suara-suara yang memperkatakan seolah-olah Kajang akan mengubah pemerintahan negara secara keseluruhannya. Mahathir dalam kenyataannya bulan lalu ada menyebut , " Jika mahu sebuah kerajaan pro-Amerika, Undilah Anwar"
Apakah sebenarnya punca UMNO BN terutama Mahathir dan Daim mengelabah beruk dengan PRK N25 Kajang?

Selain kenyataan Mahathir itu, Anwar pula mendakwa kemenangan di Kajang adalah laluan ke Putrajaya. Jika diamati kenyataan kedua-dua musuh politik ini, kita akan terbayang suatu agenda besar di sebalik PRK Kajang. Puas sudah memikirkan logiknya kenyataan Mahathir dan Anwar Ibrahim tersebut.

Jika Anwar menang di Kajang bermakna Anwar hanya akan menduduki ADUN Selangor. Kerusi palimen masih lagi didominasi umno bn. Maknanya mereka akan terus memerintah.

Apa yang boleh gua bayangkan hanyalah pemberontakan besar-besaran ahli parlimen bn keluar parti secara beramai-ramai dan menjatuhkan kerajaan bn. Itu sahaja. Dari sudut lain rasanya NO WAY...

Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini sekali lagi menjawab tuduhan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa satu undi kepada dirinya ibarat memberikan undi kepada Amerika Syarikat.

Calon PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang itu berseloroh jika beliau menang dalam pilihan raya kecil (PRK) itu maka RM1 akan diisytiharkan bersamaan USD$1.

"Ada mendakwa tak boleh beri satu undi kepada Anwar. Satu undi Anwar macam satu undi kepada Amerika.

"Menang sahaja saya, saya isytihar RM1 bersamaan USD$1 di Kajang. Saya dah 15 tahun dihamun setiap malam. Siapa ahli politik paling banyak kena maki. Sayalah," katanya dalam satu majlis Dialog Anak Muda di Seremban hari ini. tmi


No comments:

Post a Comment