Sunday, February 2, 2014

WANITA SEKSI INI PUNCA RAMAI LELAKI MATI DIBAHAM GODZILLA


Dalam gambar di atas anda mungkin terpana apabila melihat paparan bahagian hadapan kerana itu adalah lumrah. Yang besar akan kelihatan terlebih dahulu. Biarpun yang kecil dan tersorok di belakang adalah objek yang sepatutnya menjadi perhatian. 

Godzila adalah berbahaya berbanding wanita seksi itu. Kita dapat terus hidup jika memberi fokus kepada bahaya yang bakal melanda. Tetapi kita mungkin tidak dapat hidup lagi jika hanya melayan nafsu mata terhadap wanita itu.

Andaikata gambar wanita itu diletakkan di tempat godzilla dan godzilla berada di paparan hadapan, fokus mata lelaki tetap ke arah gambar wanita itu juga. 

Dalam kehidupan seharian kita sering lihat tempat-tempat yang 'baik' berada di lokasi yang mudah untuk dikunjungi. Kita ambil masjid sebagai contoh mudah. Masjid biasanya dibina dilokasi yang mudah dikunjungi manusia. Di tengah-tengah pekan dan kawasan perumahan. Masjid juga didirikan bersaiz besar di mana menaranya memudahkan manusia mengesan kedudukannya di sesuatu lokasi.

Puat-pusat maksiat seperti kedai nombor ekor, disko, kelab malam, pusat pelacuran, dan perjudian hanya bersaiz kecil dan dibina di kawasan yang tersembunyi seperti dalam kompleks beli belah, rumah kedai dua tingkat dan sebagainya. 

Kedudukan mereka tersorok dan agak terpencil. Oleh kerana kegiatan sebegini bertentangan dengan nilai moral dan dilarang agama, maka ia perlu dilakukan di tempat tersorork bagi mengelak aib si pelaku. 

Tempat-tempat seperti itu tetap mempunyai pengunjungnya sendiri. Biarpun tanpa promosi di suratkhabar atau internet.

Pokok pangkalnya adalah kita. Ke mana kita ingin membawa diri kita. Jika dunia sahaja menjadi pilihan kita maka tempat sempit dan terpencil itu menjadi tempat mudah dikunjungi bagi kita.

Dalam Malaysia ini semua ada. Tempat maksiat banyak tempat ibadat pun banyak. Tempat elok banyak , tempat tak elok juga banyak. Kita perlu mendidik diri kita dan anak-anak kita tentang sesuatu yang kita ingini bersesuaian dengan nilai moral dan pegangan agama kita.  

Jangan ikut para menteri. Mereka hidup mewah dan dapat apa sahaja di dunia ini. Dunia adalah syurga mereka. Akhirat adalah antara mereka dengan tuhan. 

Tetapi kita yang hidup susah di dunia, 
mahukah kita hidup susah di akhirat jua?
ingatlah...
anda perlu membayar untuk berbuat dosa 
tetapi 
adalah percuma untuk mencari pahala

IMAM MASJID BATU 10 YANG PERNAH MENJAGA LOKAP KETIKA DSAI DITAHAN DI BUKIT AMAN IKRAR BANTU PR DI KAJANG


adios

Disclaimer
"Semua artikel dalam blog ini terutama yang berunsur agama disiar untuk tujuan pendedahan dan pengetahuan am untuk diperdebat dan dibincangkan. Ketepatan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Bagi mereka yang mahukan sesuatu dalam blog ini didelete kerana akta harta intelek sila email gua di atimuda@gmail.com"

No comments:

Post a Comment